Wednesday, September 29, 2010

6. Mencari Redha tuhannya.





Muslim yang benar:
  1. Sentiasa mengharapkan Allah disegala usha dan amalnya.
  2. Segala gerak geri hidupnya hanya untuk dapat redha Allah bukan redha manusia.
Adakala dia kena buat satu kerja yang jadi kemarahan manusia dalam rangka nak cari redha allah.
Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah saw yang bermaksud;
' Barang siapa mencari keredaan Allah dengan kemurkaan manusia, Allah akan mencukupkan dia dari urusan manusia. dan barangsiapa mencari kerdaan manusia dengan kemurkaan Allah , maka Allah menyerahkan dia kepada manusia " (Riwayat Tarmizi)

Jadi kayu ukur dia redo allah. Apa yang allah redho dia buat. Mana yang allah tak redha, dia tinggal.
jadi orang sebegini tak akan ada konflik dalam hidup dia, tiada dilemma ,dimana dia taat Allah dalam satu hal , tapi dalam hal lain tidak taat Allah. Tahun ni benda tu haram, tahun depan jadi halal pulak.
Tak ada ruang dalam hati muslim yang beriman untuk berlaku konflik ini selagi mana dia punya panduan yang benar dan jalan yang terang dan pertimbangan yang tidak bergoncang.

Dalam masyarakat ,dapat dilihat, orang yang kyusuk solat dimasjid, tapi dipasar berkira bicara dengan riba.
Dalam kehidupan diluar masjid , syariat allah tidak tertegak dalam diri, isteri, anak-anak dan tanggungan mereka. jadi ada konflik ,ada kontradiksi dan kegoncangan dalam fahaman mereka terhadap agama yang sempurna itu.
Orang yang tersebut diatas tadi bagai terbahagi dua, separuh muslim dan separuh lagi bukan muslim. Dan kadang-kadang mereka tidak punya apa-apa dalam islam kecuali namanya sahaja.
Dualisma ini berpadu dalam pertentangan didalam diri seorang muslim. taat dan derhaka didalam peribadinya. Ini adalah suatu bahaya yang sangat besar dan ujian sengit yang menimpa muslim dizaman ini.

Wallahhuallam.





No comments: