Saturday, October 2, 2010

7. Melaksanakan segala rukun, fardu dan nawafil.

Continuation---

Assalamualaikum warahmatullah.
- Muslim yang benar buat yang rukun dan kewajipan islam dengan sempurna
   tanpa lalai.
- dia tidak lupa dan ambil mudah.
- Solat 5 waktu sehari semalam dibuat tepat pada waktu kerana solat tiang agama.
- siapa yang tegakkan solat, dia tegakkan agama, siapa yang tinggal ,dia meruntuhkan     agamanya.
Soalat adalah sebesar-besar amal seperti sabda Rasulullah saw.bila ditanya oelh Ibnu Mas'ud(r.a)  " Apakah amal yang paling baik?
Rasulullah saw menjawab "Solat pada waktunya" . Aku bertanya lagi "Apakah lagi" Baginda menjawab "Berbuat baik kepada dua ibubapa". Aku bertanya lagi "apakah lagi? " Baginda menjawab "Berjihad pada jalan Allah".
  • Solat adalah perhubungan hamba dengan tuhan.
  • Dalam solat , manusia tinggal semua urusan dunia, mengadap Allah mintak hidayat, taufik (petunjuk) supaya dapat konsisten diatas jalan yang lurus, jalan yang benar.
Dari solat manusia:
  • Mengambil bekalan takwa.
  • Merupakan kolam permandian yang nyaman dan jernih untuk membasuh dosa dan kesalahan
Dari abu hurairah r.a dia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda.
" Sekiranya ada sebatang sungai dihadapan pintu seseorang kamu dimana dia mandi disitu lima kali sehari
satu malam adakah lagi tinggal kekotorannya?. Mereka menjawab: 'tak ada lagi yang tinggal."
Baginda bersabda  " maka demikianlah perumpamaan solat lima waktu yang dengan nya (solat) Allah
menghapuskan segala kesalahan. (muutafaq alaihi).


Dari ibnu mas'ud (r,a) Bahawa seorang lelaki telah mencium seorang wanita lalu berjumpa dengan
Rasulullah (saw) dan memberitahunya, maka Allah menurunkan firmannya sebagaimana berikut:


" adakah ayat ini untuk saya seorang? maka baginda menjawab " Untuk umatku seluruhnya".
  • Seorang muslim bertakwa berusaha sungguh-sungguh untuk solah jamaah, lebih baik dimasjid kalau mampu kerana Rasulullah saw telah memberitahu bahawasanya: " Solat jemaah adalah lebih mulia dari solat berseorangan dengan dua puloh darjat".
  • Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa pergi pagi-pagi  masjid ataupun waktu petang, Allah(swt) sediakanbaginya sebuah rumah didalam  syurga. setiap kali dia berpagi-pagi dan petang.” (Hadis riwayat Bukhari dan muslim).
 Solat jamaah yang sangat digalakkan adalah solat asar dan solat subuh. ini berdasarkan hadis yang bermaksud:

1. "Barang siapa yang solat jemaah diwaktu isyak, maka seolah-olah dia solat setengah dari malam dan barangsiapa solat subuh berjemaah seolah-olah dia solat sepanjang malam. (Riwayat muslim).

2. Dari Abu hurairah Rasulullah saw bersabda:

"Tidak ada solat yang lebih berat kepad orang-orang munafik dari solat subuh dan isyak. Sekiranya mereka mengetahui apa yang ada antara keduanya nescaya mereka mendapati kedu -duanya walaupun dengan cara merangkak-rangkak. (Riwayat Bukahri dan muslim).

  • Muslim bertakwa bersungguh-sungguh melaksanakan solat sunat dan nawafil-sebab ini akan mendekatkan dia dengan Allah swt.
Firman Allah dalam hadis Qudsi.
 Sentiasa hambaku menghampiriku dengan solat sunat sehingga aku mencintainya , maka jika aku mencintainya , nescaya aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan pandangannya yang dengannya dia memandang. dan tangannya yang dengannya dia bekerja, dan 
kakinya yang dengannya dia berjalan, dan jika dia meminta aku mesti berikan kepadanya dan sekiranya dia
meminta perlindungan, aku mesti memperlindunginya."

Cinta Allah pulak akan diikuti oleh cinta penghuni langit dan bumi sebagimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu hurairah. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:=

" Sesungguhnya Allah apabila mencintai seseorang hamba, dia memanggil jibril lalu berfirman: 
" Sesengguhnya akau telah mencintai sianu, maka cintailah dia. " Baginda Rasulullah saw bersabda: "Lalu jibril mencintainya. Kemudian Jibril memmanggil penghuni langit sambil berkata " Sesungguhnya Allah taal mencintai dia, lalu penghuni-penghuni langit mencintai dia'. Baginda bersabda: kemudian dia pun dicintai dibumi, dan apabila Allah memurkai seseorang hamba. Dia memenggil Jibril lalu berfirman.Aku memebenci (Memurkai ) sianu, maka murkai lah dia. Baginda bersabda " Lalu Jibril memurkainya, kemudian memanggil penghuni langit, Sesungguhnya Allah memurkai sianu maka murkai lah dia, Baginda bersabda , maka mereka memurkai dia, kemudian dia pun dimurkai dibumi" 
Riwayat muslim.

Wallahuallam- bersambung....

No comments: