Sunday, April 24, 2011

UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI!

Bismillahirrahmanirrahim





Seringkali kita gunakan pepatah ‘biar papa asal bergaya’. Hanya untuk kelihatan cantik dan bergaya, ada yang sanggup mengikat perut. Pelbagai cara boleh diambilkira sebelum anda terus diselubungi hidup susah hanya untuk bergaya. Jangan terkejut jika ada rakan anda sanggup meminjam wang untuk tampil hebat . Tidak perlu berlagak jika tidak mampu. Pepatah ini sesuai untuk anda.. ‘Ukur baju di Badan sendiri’.

Atur kewangan

Sebaik sahaja anda menerima gaji, asingkan perbelanjaan tetap contohnya bayaran perkhidmatan elektrik, air, ansuran kereta, pinjaman bank dan sewa rumah. Masukkan juga perbelanjaan harian seperti barangan dapur, tambang perkhidmatan pengangkutan atau minyak kereta. Selebihnya, barulah anda gunakan untuk membeli-belah. Jangan dilupakan, simpanan anda.

Tulis senarai dan inventori

Senarai dan inventori menjadi asas konsep penjimatan anda. Sebelum membeli baju, pastikan dahulu apa yang perlu dan tidak. Periksa koleksi milik anda dan mula menyenaraikan apa yang perlu dibeli. Fokus dan elakkan membeli kerana desakan hati.

Pilih ikut kualiti

Barangan berkualiti dan berjenama lebih tahan lama tetapi pastikan dahulu di mana kemampuan anda. Tidak salah sekiranya anda memakai pakaian secara berulang-ulang.

   Abaikan soal hati

Jangan membeli kerana nafsu. Biasanya, perasaan anda lebih terarah untuk menghabiskan duit apabila tiba saat jualan murah. Elakkan diri dari berada di pusat membeli-belah. Jika terpaksa, kurangkan jumlah wang di dalam dompet agar anda niat anda untuk membeli terbantut kerana terpaksa beratur di mesin auto-teller.

rujukan atikel dari majalah nona edisi april.

1 comment:

IMANSHAH said...

balas dendam, zaman tak berduit mana mampu