Saturday, May 21, 2011

Ibu soleh kenapa anak tidak?

Bismillahirrahmanirrahim


Semalam sembang-sembang dimeja makan dengan anak gadis ibu. Satu lontaran soalan yang rasanya perlu
dicatitkan untuk renungan bersama. Mi! kenapa saya tengok kat sekolah ramai budak-budak yang maknya pakai tudung labuh /faham islam tapi anaknya tak berapa soleh berbanding dengan kawan-kawan yang kadang maknya rugged semacam tapi anaknya soleh?.Mungkinkah kerana anak ibu soleh tadi hanya lah pewaris sahaja atau hanya sleeping partner saja?

Ibu mula berfikir kenapa yer?. Dari tilik pandang ibu semuanya berdasarkan kepada kecintaan kepada benda yang payah atau mudah didapati. Pada hemat ibu mungkin anak2 yang maknya dah faham islam dan difahamkan tentang islam sebagai satu cara hidup sejak mereka kecil itu kurang  rasa sayang kepada apa yg mereka ada.Mereka mewarisi itu tanpa susah payah . Cuma follow saja tanpa perlu susah payah mencari.Macam anak orang kaya , yang dilahirkan dengan suapan sudu emas , ramai yang tidak tahu menghargai nilainya harta yang mereka warisi.

Begitu juga dengan islam, kita tak berapa nak rasa sayang islam sebab kita mudah dapat islam. celik mata orang dah azan/ iqamatkan kita , lepas itu ajar ucap kalimah syahadah bila dah boleh bertutur dan kemudian
diajar yang lain2. Kita mewarisi islam itu tanpa susah payah, Sebab itu mudah sangat sekarang kita nak lucutkan islam itu dari diri kita sebab kita tak rasa susah nak dapat jadi kita tak rasa ianya berharga,

Berbeza dengan mereka yang tidak dilahirkan dalam islam. mereka mencari , mereka menghadapi banyak mehnah dan tribulasi dalam mendapat islam dan mereka merasai betapa berharga nya hidayah yang mereka dapati.

Tetapi kita jangan lupa amaran allah kepada kita dalam surah dibawah, kalau kita tidak mahu ,Allah akan gantikan kita dengan orang lain yang lebih baik , kerana Allah maha kaya tak perlukan kita, kita lah yang miskin dan memerlukan Allah swt.
  Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. (Muhammad 47:38) |

No comments: