Sunday, May 22, 2011

Putik kelapa pun gugur

Bismillahirrahmanirrahim


Sedih bila baca tentang kematian 16 remaja anak yatim di Hulu Langat dalam media. Tapi entahlah berapa hari bertahan rasa sedih ni. mungkin beberapa jam. Tentu untuk orang yang dekat dengan mereka akan mengambil masa berbulan atau bertahun.

Setakat itukah saja? mengapa hati begitu keras dari merasai bahawa satu saat dan ketika kita akan menjadi seperti mereka.  Kaku tidak bernyawa. Tanpa amaran nyawa kita akan dicabut setelah tamat tempoh. malangnya tamat tempoh kita tidak dicatit /dicop macam dekat tin sardin atau roti gardenia tu. So kita tak tahu bila expiry date kita. So apa perlu kita buat? Sama-samalah muhasabah diri kerana hanya fizik kita yang semakin tua tetapi hati dan nafsu tidak pernah tua. Bagi yang muda ingatlah putik kelapa pun gugur bukan buahnya saja so beware!!!!!!  Mari kita renungkan pesan Rasulullah saw ini:-
  “Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan. Jika ia diingati dan direnung pada waktu susah, nescaya perasaan akan menjadi lapang dan tenang dan jika ia diingati pada waktu senang, nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri.” (Hadis riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi) 

No comments: