Bismillahirrahmanirrahim
Berkata Imam Syafie,
Barangsiapa yang mempelajari Al-Quran,akan nilai dirinya, barangsiapa yang merenung dan mempelajari fekah maka akan mulia kedudukannya,barangsiapa yang mempelajari bahasa akan lembut jiwanya,barangsiapa yang mempelajari matematik akan kuat fikirannya, barangsiapa menulis hadis akan kuat hujahnya, dan barangsiapa tidak memelihara dirinya daripada maksiat maka ilmunya tidak memberi menafaat kepada dirinya.
Masa jalan-jalan tadi terjumpa kata-kata ni. Alahai amat betul dan benarlah kata-kata ini. Untuk anakku yang semuanya telah ku kenalkan dengan agama sejak dari kalian kecil dan doaku sebelum walimah untuk dapat keturunan yang soleh , hayatilah kata-kata iman shafie ini. Ilmu yang banyak bukan jaminan untuk selamat kalau maksiat masih tebal melekat . Ilmu yang banyak kadang jadi hujah untuk berhelah mencari alasan untuk tidak berbuat taat. Ingatlah kita mungkin boleh menipu manusia lain tetapi kita tak akan dapat menipu Allah dan diri kita sendiri. Tanyalah hati yang paling dalam kerana disana ada jawapan. Apa-apa pun nak kena ingat kita akan disoal sorang-sorang nanti dan kita akan pikul apa yang kita buat.Kalau rasa lepas jawab. silakan....
No comments:
Post a Comment