Saturday, May 7, 2011

SMS selamat hari ibu

Bismillahirrahmanirrahim

Ummi, selamat hari ibu, terima kasih kerana telah mencuba dan sentiasa melakukan yang terbaik
untuk akak dan adik-adik. Selamat hari ibu.


Diatas adalah sms yang ibu terima dari anak ibu tadi. Terima kasih. Cuma satu ibu nak ingatkan pada anak ibu dan anak-anak yang lain. Kalau kamu sayang ibu kamu , ringankan hisabnya diakhirat kelak Caranya kamu jadilah hamba yang taat kepada Allah. kamu tinggalkan maksiat, kamu jaga solat kamu, solat diawal waktu
dan sempurnakan solat kamu, jaga aurat kamu. Ingat aurat bukan setakat tutup rambut sahaja, kamu semak semula macammana sepatutnya kamu tutup aurat yang comply dengan yg allah nak, bukan trend semasa nak.
Jaga akhlak kamu, berakhlak lah sebagaimana sepatutnya seorg muslimah. Jaga pergaulan kamu. Kamu kena ingat anakku bahawa kamu sekarang sedang membentuk generasi kamu. Kamu hari ini adalah anak-anak
kamu besok , insyaallah. Kamu sedang menempa acuan untuk generasi kamu samaada kamu sedar atau tidak.
Segala apa yang telah ibu curahkan untuk kamu bukan untuk dibuat bayaran kerana tentunya kamu tak mampu bayar tetapi tolonglah ringankan hisab ibu dengan islah diri kamu dan meneruskan generasi beriman untuk ibumu ini...... amin

1 comment:

Anonymous said...

selamat hari ibu..ummi...