Wednesday, November 9, 2011

Mak mati pun orang keliling tak sedar.....

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh







Budak ni nama dia Shylah Silbery umur 3 tahun . mak dia mati kat rumah dia di
Welington , New Zealand tanpa  disedari sesiapa.Dan untuk teruskan hidup dia bertemankan mainan kegemarannya dan dia makan keju, lebihan lasagna dan susu dalam peti sejuk selama 2 hari selepas kematian mak dia.Dia kemudian dirawat 2 hari dihospital sebab dehydrasi dan ruam lampin.








 Ini gambar mak dia.















Moral of the story.
Kita pun tak mustahil jadi begini kalau kita tak amalkan apa yang rasulullah saw ajar pasal hak jiran.



HAK-HAK JIRAN YANG PERLU ANDA TUNAIKAN.
Oleh:
Puan Siti Mahani Muhazir
Bahagian Perkhidmatan Psikologi, JPA

Dipetik daripada "Bimbingan Mukminin" Imam Al-Ghazali.

1. Mula memberi salam kepadanya.
2. Tidak terlalu banyak bertanya tentang hal –ehwalnya.
3. Menziarahi apabila ia sakit dan melawatinya apabila ia meninggal dunia.
4. Turut merasakan kesusahan apabila ia sedih dan menunjukkan rasa gembira apabila ia bergembira.
5. Sama-sama menyertai jiran ketika ia dalam kesusahan dan kegenmbiraan.
6. Memaafkan segala kesalahan dan kekhilafannya.
7. Tidak menunjukkan pandangan ke dalam rumahnya sehingga boleh menampakkan auratnya.
8. Tidak menyusahkan perasaannya.
9. Tidak menyempitkan jalan menuju ke rumahnya.
10. Tidak menujukan pandangan kepada segala yang dibawa ke dalam rumahnya.
11. Menutup segala keaiban dan dan kecelaan yang dilakukannya.
12. Meringankan daripada malapetaka yang menimpanya.
13. Tidak terpedaya dengan kata-kata orang terhadapnya.
14. Menghormati isteri dan pembantu wanita yang bekerja di rumahnya.
15. Bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya.
16. Memberi tunjuk ajar apa yang tidak diketahui mengenai agama mahupun akhirat.

No comments: