Monday, May 7, 2012

Bukan badan dan pakaian jer penting!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh



Halimah stevens dibesarkan Southern Baptist in Columbia, South Carolina. Dia telah muslim selama satu dekad dan kini telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Tetapi dia masih teringat bagaimana tekanan yang dia hadapi semasa menjadi orang muda bukan islam yang hidup dibarat.Yang paling ketara ialah bagaimana cara nak dapat perhatian melalui penampilan fizikal. " Semasa saya sedang membesar , saya teringat , apa yang perlu saya pakai untuk menarik perhatian orang?. Berapa ketatkah pakaian itu? ini adalah lumrah bagi remaja perempuan. Mereka hendak kelihatan menarik , dapat teman lelaki dan membuat orang tertarik kepada mereka katanya. Semua nya tentang penampilan. Bila anda menjadi muslim , anda diajar untuk menjadi pemalu. Anda menjaga maruah anda dan anda dihormati. Anda mula menyukai diri anda sendiri tentang apa yang ada dalam anda.Anda boleh tengok cermin dengan perasaan puas dan tahu anda bukanlah  sekadar daging dan saiz sahaja.Kata Halimah lagi sebelum islam hanya badan dan pakaian sajalah yang penting untuk dia dan orang lain.
Apa yang dirasai oleh halimah dikongsi oleh ramai remaja masa kini yang berada dalam krisis identiti. Sebab itu kita akan dapat lihat disekitar kita ramai remaja yang tertipu .Menjadi sesumpah mengikut tempat dan keadaan. Bila berada bersama mereka yang faham islam , mereka menutup aurat mereka dengan sempurna, tetapi bila bersama yang tidak faham mereka akan bertukar wajah sebagaimana rakan mereka ketika itu. Ini adalah kerana mereka tidak jelas ,mereka sedang mencari redho siapa.Tetapi sebagaimana kata halimah apabila kita menjadi muslim (muslim pada hakikat dan faham tuntutan muslim)bukan muslim pada kad pengenalan sahaja kita akan tidak menghiraukan apa orang lain kata kerana matlamat kita adalah mencari redho Allah semata-mata. Seperti kata halimah, sebelum islam hanya badan dan pakaian sajalah yang penting untuk dia dan orang lain.Itu halimah semasa bukan muslim ,mengapa kita yang dah muslim dari lahir ini pun masih mengambil nilai yang telahhalimah tinggalkan itu. Mari sama-sama fikirkan......

No comments: