Monday, May 7, 2012

Maafkanlah dia......

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh



Satu hari tu terbaca luahan seorang anak yang dah jadi mak terhadap emaknya.
Bunyinya kebih kurang gini...."Ada ker patut seorang mengungkit kata dia menyesal lahirkan saya kerana saya tak dengar cakap dia,sebab saya pun ada sebab tersendiri tak ikut, sebab saya pun dah ada keluarga".

Dari kata-kata diatas terfikir jugak saya yang dulu pun pernah ada dilema yang sama. Tapi bila dah tua ni fikiran pun dah lain dan nampaklah satu pandangan yang lain pulak.
kesimpulannya maafkan je lah kata-kata mak tu... sebab apa? ni sebabnya.:-



1. Bagi ibu , walaupun anda bini orang, mak orang hatta nenek orang , anda adalah anak dia.
2. Bagi ibu , walaupun anda ada sijil, diploma,ijazah hatta PHD , anda tetap anak dia dan anda tak akan lebih bijak dari dia.
3. Ibu anda tak sekolah tinggi, dia tak belajar saikoloji , so itulah cara dia marah.
4. Ibu anda tak baca info-info tentang pendidikan anak, jadi dia kurang tahu, anda baca atikel monopause patut anda lebih tahu apa yang dilalui oleh ibu.
5. Banyak lagi sebab2 yang patut anda maafkan ibu anda.... fikir-fikirkanlah......

No comments: