Tuesday, May 8, 2012

Anda takut Allah? betul ker? mai semak....

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh




Imam Abu Al-Laits al-Samarqandi berkata, “Sifat takut kepada Allah SWT terbukti dengan tujuh perkara, iaitu:
1.    Menjaga lidah daripada dusta, mengumpat dan bicara sia-sia dan haram, lalu digunakan untuk berzikir kepada Allah SWT, membaca Al-Quran dan mempelajari ilmu.
2.    Menjaga perut dengan cara tidak makan kecuali yang halal dan sekadar hajat sahaja (tidak berlebihan).
3.    Menjaga penglihatan, dengan cara tidak melihat yang haram, dan tidak melihat dunia ini kecuali sekadar untuk peringatan.
4.    Menjaga tangan daripada maksiat dan menggunakannya untuk taat kepada Allah SWT semata-mata.
5.    Menjaga kaki daripada maksiat dan daripada melangkah ke tempat yang tidak diredhai oleh Allah SWT
6.    Menjaga hati dengan cara membersihkannya daripada hasad dengki, iri hati dan sebagainya, kemudian diisi dengan kasih sayang kepada sesama Muslim.
7.    Menjaga amalan taatnya, supaya ia benar-benar tulus ikhlas kepada Allah SWT dan selamat daripada riak dan nifaq.

No comments: