Saturday, May 12, 2012

Checklist ibu mithali sebenor.......

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh

Ini Rasulullah saw tujukan kepada yang namanya anak.


Tetapi mari semak adakah kita dah laksanakan tugas keibuan kita dan kita 
memang layak....
1- Di manakah kita ketika anak2 perlukan kita?

2- Adakah kita memberikan alasan 'sibuk' apabila anak2 ingin bercerita dengan kita?

3- Adakah kita menyuruh anak 'diam!' apabila mereka cuba untuk menceritakan kegembiraan mereka?

4- Adakah kita telah memberikan didikan yg sempurna kepada anak2?

5- Adakah kita telah selidik perkara dgn adil sebelum kita menghukum anak2?

6- Adakah kita sabar dengan rengekan dan tangisan anak?

7- Adakah kita sabar dengan perangai nakal anak2?

8- Adakah hukuman yg kita berikan atas kesalahan anak2 itu setimpal atau selalunya lbih berat dr kesalahan yg dilakukan mereka?

9- Adakah kita sempat memberikan ciuman dan pelukan kepada anak2 sebelum mereka tidur pada setiap malam?

idea asal
Jangan terkejut kalau sebenarnya parent juga boleh derhaka kepada anak, baca kisah
dibawah ini sebagai panduan.

Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.  Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.  Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.

No comments: