Saturday, May 12, 2012

Hafal lah quran masa muda supaya tak sesal bila tua.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh



"Teknik menghafaz dan mengingati Al-Quran"
 1.Hendaklah memilih waktu lapang yang sesuai jauh daripada kesibukan di mana ketika itu fikiran sedang tenang dan relax sebaiknya waktu pagi
 2.Pilih sebuah mushaf yang khas untuk anda menghafaz dan membaca Al-Quran
 3.Berlatih menghafal ayat-ayat yang mudah dahulu kemudian berpindah kepada menghafal surah panjang 4.Hendaklah bacaan sekata setiap hari 
5.Di peringkat permulaan, banyakkan melihat kepada mushaf
 6.Tidak semestinya perlu hadkan hafalan harian tetapi pastikan ia berterusan walaupun sedikit
 7. Selepas mengulang 2-3 kali (minimum), dengarlah kaset daripada bacaan qari yang digemari atau dengarlah bacaan daripada rakan-rakan yang mahir Al-Quran
 8. Baca dengan tartil dulu di peringkat awal supaya betul sebutan, kemudian secara hadar supaya dapat mewujudkan satu ikatan antara ayat
 9.Buat setiap hari dengan cara yang sama
 10.Jangan lupa ulang yang telah dihafal hari sebelumnya sebelum memulakan hafalan yang baru
 11.Setiap hujung minggu ulang semua hafalan yang telah dihafal
 12.Jadikan bacaan berterusan ketika solat fardhu dan solat sunat
 13.Berlatih menulis ayat Al-Quran|
Post a Comment