Saturday, July 14, 2012

Bankrup yang insolvensi tak boleh tolong.....

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh





Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat, "Tahukah kalian siapa yang muflis?"

 Sahabat menjawab, "Mereka yang muflis adalah mereka yang tidak mempunyai harta, ya Rasulullah."

 Rasulullah s.a.w. berkata lagi, "Mereka yang muflis adalah mereka dikalangan umatku yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati.

 Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim.

 Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah S.W.T akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah S.W.T campakkan dia ke dalam neraka."

No comments: