Sunday, July 15, 2012

Nama-nama Ka’bah dalam al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh





Asal usul

Nama yang utama ialah ‘Ka’bah’ itu sendiri. Namun, di dalam al-Quran, ada kalanya ia disebut dengan nama-nama lain.

1) Ka’bah ~ dalam Surah al-Maidah ayat 97. Dinamakan Kaabah kerana ketinggiannya dari tanah, bentuknya yang empat segi dan ia terpisah dari bangunan lain.

2) al-Bayt ~ dalam Surah ali Imran ayat 96 & 97, Surah al-Anfal ayat 35, Surah al-Hajj ayat 26 dan Surah Quraisy ayat 3. Ia bermaksud rumah, iaitu rumah Allah.

3) Baitullah , iaitu rumah Allah ~ dalam Surah al-Baqarah ayat 125

4) al-Bayt al-Haram, iaitu rumah suci (kerana diharamkan padanya pelbagai perkara) ~ dalam surah al-Maidah ayat 97

5) al-Bayt al-Atiq  ~ dalam surah al-Hajj ayat 29 & 33. Ia bermaksud rumah pusaka, kerana ia merupakan rumah ibadat pertama yang dibina untuk peribadatan kepada Allah s.w.t.

6) Qiblah ~ dalam surah al-Baqarah ayat 144.

No comments: