Tuesday, August 7, 2012

Kisah Andalusia dan Al Quran

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh

 

Beberapa malam yang lalu berkesempatan mendengar tazkirah dalam bahasa arab, tak faham pun tapi mujurlah ada jurubahasa. Diceritakan kisah kejatuhan Andalusia. Sebenarnya Raja Sepanyol pada masa itu dah lama teringin nak takluk Andalusia. Seperti biasa sebelum menyerang ,raja akan hantar perisik dulu untuk meninjau keadaan. Pada kali pertama tinjauan. perisik melapurkan rakyat Andalusia dok sebok , baca quran. tadaabbur quran dan mereka mengamalkan Alquran dalam hidup mereka. Kata raja, Ini bukan masa untuk menyerang. Selepas beberapa waktu perisik dihantar lagi dan jawapannya juga sama.Raja pun menangguhkan serangan.Setelah beberapa lama perisik dihantar lagi, tapi lapuran masih sama, jadi tangguh dulu serangan.
 Setelah lama masa berlalu, perisik dihantar sekali lagi. Kali ini perisik melapurkan dia menjumpai seorang pemuda dijalanan yang sedang menangis kerana kehilangan kekasihnya. Raj sepanyol pun berkata " inilah masa yang tepat untuk menyerang". Serangan pun dibuat dan Andalusia pun jatuh ketangan kafirin Sepanyol.
 Moral of the story. Kita muslim hanya akan kuat bila kita beramal dengan alquran satu manual kehidupan yang Allah sediakan untuk kita. Jika kita lari dari Al quran kita menjadi lemah . dan itulah hakikat yang pahit yang mesti direnungi oleh umat islam hari ini.Umat islam hari ini dihina keran mereka jauh dan tidak mengamalkan Al quran dalam kehidupan. Lets start with ourself.

No comments: