Monday, August 6, 2012

Muhasabah Nuzul al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh



Setiap tahun menjelang 17 Ramadhan, umat Islam menyambut hari Nuzul al-Quran. Bersempena dengan hari yang sangat penting dan bersejarah itu (walaupun tiada persepakatan dari segi tarikh sebenar peristiwa itu), elok kita bermuhasabah sejauh manakah kita telah melaksanakan tanggungjawab sebagai umat al-Quran?
Al-Quran adalah sebuah kita suci yang tiada tandingannya. Apakah tanggungjawab kita terhadap kitab suci tersebut? Sekurang-kurang terdapat enam tanggungjawab yang wajib kita laksanakan:   

1.Beriman kepada al-Quran dengan sebenar-benar iman. Kita wajib beriman bahawa al-Quran adalah kita suci, Kalam Allah yang sangat benar lagi terpelihara dari sebarang kekurangan, kesilapan dan kebatilan

2.Membaca al-Quran dengan betul. Membaca al-Quran adalah satu daripada ibadah yang sangat besar pahalanya. Terdapat banyak ayat dan Hadis mengenai kelebihan membaca al-Quran

 3. Tadabbur untuk memahami ayat-ayatnya dan mempelajari tafsirannya. Al-Quran diturunkan untuk memimpin manusia ke jalan yang lurus, mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya, menyelamatkan mereka dari kesesatan, kejahilan dan kesyirikan kepada kebenaran serta kebahagiaan dunia dan akhirat

4.Mengamalkan apa diperintahkan di dalam al-Quran dan menjauhi larangannya serta menjadikannya rujukan dalam semua urusan kehidupan

5.Menyampaikan. Setiap orang yang telah diberikan ilmu, diberikan hidayah memahami al-Quran ini tidak harus menyembunyikannya untuk diri sendiri sahaja. Mereka wajib menyampaikan kepada manusia lain sekadar yang diketahui dan difahaminya.

6.Mempertahankan kebenaran dan kedaulatan al-Quran walaupun terpaksa mengorbankan harta dan nyawa sekalipun. Kesediaan untuk berkorban adalah bukti ketulinan dan ketulusan iman yang tersemat di dalam hati. 

Bacaan penuh

ini laman panduan utk letak alquran dalam hp anda

atau beli quran digital dari :

No comments: