Tuesday, September 18, 2012

Samiri dan anak lembu emas

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh





(Sesudah itu Nabi Musa hadapkan kemarahannya kepada Samiri lalu) bertanya: "Apa pula halmu, wahai Samiri?" Taha 20:95

Ia menjawab:" Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam dari kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku". Taha 20:96


Samiri ni adalah seorang lelaki dari kaum Bajarma yang menyembah lembu. Dalam jiwanya masih ada kecintaan kepada menyembah lembu walaupun dia berlakun macam dia dah terima islam yang dianuti oleh bani israil. Nama sebenarnya adalah Musa bin Zafar.( Dari Muhammad Ishaq dari Ibn Abbas).
Ibnu Qatadah kata dia berasal dari Samarra.

Nabi Musa bertanya kepada Samiri " apa sebabnya yang kamu dapat idea untuk buat semua ini"
Samiri menjawab: Aku nampak apa yang mereka tak nampak, maksudnya dia nampak semasa jibril datang memusnahkan Firaun. Jadi aku ambil segenggam tanah dari tapak kaki kuda jibril  dan aku campakkan kedalam api yang sedang membakar barang-barang kemas orang mesir dan ia menjadi  seekor anak lembu
yang mengeluarkan bunyi.Sebenarnya angin yang menyebabkan bunyi itu.Dan hawanafsu ku mendorong  aku  untuk merasakan apa yang aku buat itu baik.- Rujukan Tafsir Ibnu Kathir

Pengajaran:
Untuk dapat kefahaman islam yang sohehah , kefahaman lama yang bertapak dijiwa mesti dibuang terus.



No comments: