Tuesday, November 6, 2012

Allah dah sediakan keupayaan untuk jadi baik

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh





Keupayaan dan kemampuan ini tersembunyi dalam jiwa manusia
dalam bentuk kesediaan-kesediaan, sementara peranan agama-agama
arahan-arahan dan faktor-faktor luaran adalah menggerak, menguat
dan mengarahkan kesediaan-kesediaan itu kesana sini. Ia bukannya
diciptakan oleh faktor-faktor luaran, malah ia diciptakan semula jadi.
Ia wujud selaku tabiat semual jadi dan tersembunyi selaku ilham.

Disamping kesediaan-kesediaan semulajadi yang tersembunyi itu terdapat
pula daya tenaga berfikir dan memimpin didalam diri manusia, dan dengan
tenaga daya inilah menjadikan manusia itu bertanggungjawab diatas
tindak tanduknya. Oleh itu sesiapa yang menggunakan daya tenaga ini
untuk membersihkan dirinya dan menyuburkan kesediaan-kesediaan yang
baik yang ada padanya hingga dapat menundukkan kesediaan-kesediaan yang
jahat , maka bererti ia telah mencapai kejayaan dan keberuntungan
sebaliknya sesiapa memalap, membenam dan melemahkan daya tenaga ini
bererti ia telah ditimpa kerugian.

sedutan tafsir filzilal
Post a Comment