2.3.1 Ilmu disisi Muslim itu adalah Fardhu dan mulia.
Seorang muslim itu meyakini bahawa menjaga dan memelihara akal dengan ilmu dan mempergunakan akalnya untuk mencari nikmata Allah swt dialam ini adalah salah satu perkara wajibkerana Rasulullah saw telah bersabda :
" Mencari ilmu adalah wajib keatas setiap muslim" (Riwayat Ibn Majah).
Oleh kerana itulah dia berkewajipan supaya berusaha memelihara akalnya denganilmu dan makrifat dan memeliharanya terus menerus. Dia tidak akan berhenti
melakukannya selagi hidup dikandung badan, selagi jantung masih berdenyut mengalirkan darah keseluruh urat sarafnya.
Allah swt menyuruh setiap muslim supaya terus menerus menuntut ilmu dan dialah yang meninggikan darjah ulama. Mereka ini diberi keutamaan lantaran
takwa mereka secara khusus seperti firman Allah
Al Fathir :28
Tidak ada orang yang takut kepadanya dengan sesungguhnya kecuali orang-orang yang telah bersinar fikirannya , yang telah nampak kudrat dan kuasa Allah serta keagungannya didlam penciptaan alam ini. penciptaan hayat dan seluruh alam kehidupan, orang-orang ini adlah ulama. Setelah itu Allah mnegutamakan
mereka keatas orang-orang yang tidak mengetahui seperti didlam firman Allah
Azzumar:9
Safuan Ibn Assal Al maradi telah datang menemui Rasulullah saw sedang baginda berada dimasjid.Maka berkatalah dia kepada baginda:
: Hai Rasulullah saw , aku ini sedang mencari ilmu. maka rasulullah saw pun bersabda:-
" Dipersilakan dengan gembira kepada penuntu ilmu , sesungguhnya penuntut itu diselubungi oleh para malaikat sehingga bersusun sebahagiannya keatas sebahagiannya hingga sampai mereka kelangit dunia, lantaran cinta mereka kepada apa yang dituntutnya."
(Riwayat Ahmad dan Attabarani, Ibn Hibban dan Al Hakim).
Nas-nas dan bukti diatas keilmuan ilmu dan galakkan menuntut ilmu amat banyak sekali , oleh keran itu seorang muslim yang hak adalah seorang yang alim atau berilmu serta terpelajar, tidak lain dari itu.
No comments:
Post a Comment