Monday, December 3, 2012

Haji satu kewajipan bagi yang mampu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh





Muslim yang memahami agamanya , meletakkan kewajipan haji dihadapan matanya.
Ia lantas menunaikan ibadah haji apabila dia mampu melaksanakannya.
Sebelum belayar kenegeri yang suci itu, ia tekun dan bersungguh-sungguh mempelajari
hukum hakam haji dengan secukupnya.
Dia akan cuba memahami perkara yang kecil dan besar disetiap upacara ibadah Haji.
Jadi apabila dia telah berniat untuk menunaikan ibadah haji dia akan terus melaksanakan
nya dengan betul, sahih dan sempurna menurut hukum-hukumnya dan cara-caranya.
 Disamping itu ia menyedari dan memahami segala hikmat yang tinggi dan mendalam yang
terkandung didalam ibadah haji yang agung itu.
Dia merasa ketenteraman iman yang meresap sepenuh jiwanya , menghayati keseronokan islam
yang memenuhi kewujudannya.
Dia kemudian kembali kepada ahli-ahlinya , negeri-negerinya dengan haji yang mabrur yang
diterima oleh Allah dan mendapat keredaannya, kerana dia telah dibersihkan dari dosa-dosa
seperti dia mula-mula dilahirkan oleh ibunya didalam keadaan bersih dan murni.
Dirinya dipenuhi iman terhadap agamanya , yang telah mengumpulkan berbagai-bagai bangsa
diseluruh pelusuk dunia . mengelilingi rumah Allah.
Secara tidak langsung perhimpunan agung itu menjadi muktamar berbagai bangsa dan negara
didunia. Satu muktamar yang paling agung yang tak pernah disaksikan oleh dunia seumpamanya
kecuali didalam musim haji.
Disitulah terdengar gemaan Talbiah, tahlil, tasbih kepada A;;ah. tuhan yang maha tinggi
dan maha agung dari berbagai kumpulamn manusia yang berlainan warna kulit, bahasa dan jenisnya.



No comments: