Wednesday, December 12, 2012

Muslim terhadap dirinya.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh



2.1 Pengenalan:
Islam menhendaki kaum muslimin menjadi 'syaamah ' dikalangan manusia, mempunyai cara dan gayahidup
yang istimewa dan tersendiri. Membezakan mereka dari manusia yang bukan islam:

1- Berbeza dalam fesyen meraka
2. Hal ehwal mereka
3. Tindak tanduk mereka
4. Amal dan usha mereka

supaya:

1.mereka menjadi contoh teladan yang baik .
2. menjadikan mereka layak memikul risalah mereka yang paling agung dan membawanya kepada manusia.

Hadis rasulullah saw yang diriwayatkan oleh hanzaliah (r.a) semasa dalam perjalanan untuk bertemua
saudara-saudara mereka

"Sesungguhnya kamu akan datang kepada saudara-saudara kamu, oleh itu perbaikilah arrihal kamu,
baguskanlah pakaian kamu, hingga kamu menjadi syaamah dikalangan manusia, kerana sesungguhnya
Allah swt tidak suka kepada Al Fahsya' Wal tafahhusy"

Maksud Arrihal disini adalah segala alat perkakas kenderaan yang dipakai tatkala menunganginya
dan maksud Al Fahsya' Wal tafahhusy" adalah yang busuk dan sangat buruk, keadaan yang kotor dan comot
-comot dan tiada memperdulikan yang lahiriah, memakai pakaian busuk yang kotor-kotor sebagai
fahsya dan tafahhusy. Semua itu adalah dibenci oleh islam yang hanif dan sangat dilarang olehnya.

Seorang muslim sejati tidak akan tergamak membiarkan dirinya:
1. Dalam keadaan yang serba tidak kemas.
2.Dia tidak akan melupakan dirinya walaupunia memikul satu tugas yang berat, agung dan paling
tinggi dalam kehidupannya.
3. tidak akan dipisahkan antara lahir dan batin
Ini ialah kerana tidak dinafikan bahawa bentuk , fesyen dan gaya yang serba kemas. teratur rapi
dan bagus itu adalah yang melayakkan dirinya memikul satu tugas yang mulia, ibarat mutiara
yang mahal. Dari cara inilah terbentuknya seorang islam dan menjadi Dai' dijalan Allah swt.

Jadi seorang muslim yang sebenarnya serta sedar , bersih kemas itu dapat menseimbangkan (tawazun)
kehendak jasmaninya. akal dan jiwanya.
Oleh itu dia mampu menunaikan hak kepada yang sepatutnya.Dia tidak akan ekstrim (keterlaluan)
dalam satu sudut dan mengabaikan nya disudut yang lain.
Dia akan sentiasa terpimpin oleh pimpinan dan hidayah Arrasu (saw).
Satu pimpinan yang akan menseimbangkanantara jasmani , rohani dan akli. Inilah satu-satunya
pimpinan yang bijak .
Seperti yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amruibn Ash(r.a) bahawasanya rasulullah saw telah
mengetahiu tentang keterlaluan dalam melakukan ibadat, maka baginda saw telah bersabda:

" Tidakkah diberitahukan kepadaku bahawa engkau berpuasa disiang hari dan bersembahyang dimalam
hari? "Ya" jawabnya, Baginda bersabda " Janganlah berbuat demikian , berpuasalah dan berbukalah
dan tidurlah dan bangunlah kerana sesungguhnya badanmu mempunyai hak keatas kamu,kedua matamu
mempunyai hak keatas kamu, isterimu mempunyai hak keatasmu dan penziarah-penziarah mu
mempunyai hak keatasmu.

Jadi bagaimankah caranya seorang muslim itu menseimbangkan (tawazun) antara jasmani, akli dan
rohaninya.

Bersambung.......

No comments: