Saturday, January 12, 2013

2.4 Memurnikan jiwa dengan ibadat.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh







Oleh kerana itu wajiblah seorang muslim itu memberi perhatian yang sungguh-sungguh terhadap jiwanya lalu dia berusaha mensucikannya dengan ibadat dan mencintai Allah swt disebahagian waktu malam haridan siang hari supaya sentiasa sedar dan berjaga-jaga dari putar belit syaitan yang suka menipu. Berjaga-jaga dari was-was dan godaan yang merosakkan . Sekiranya dia terkena godaan dalam detik-detik kelemahannya , dia digoncang oleh kesdarannya lalu dia terus celik,sedardan taubat  dan terua memohon ampun kepada tuhannya. Firman Allah swt

Ala'raf 201


Oleh kerana itu rasulullah saw bersabda kepada sahabat-sahabat baginda

" Perbaharuilah iman kamu: Dikatakan: Bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda menjawab." " Perbanyakkkan mengucap lailhaillallah, tiada tuhan melainkan Allah."

Muslim itu memeinta pertolongan dari Allahswt , menguatkan jiwanya dan memeperbaiki dirinya dengan melakukan berbagai-bagai ibadat kerana Allah semata-mata dengan keadaan penuh taat setia , takut dan khusyuk . Seperti membaca Alquran dengan tenang.khusyuk dan memikirkan ayat-ayat AlQuran yang dibaca nya , berzikir dan ingat kepada Allah dengan rasa takut dan hadir hatinya serta tidak lalai.

Bersembahyang dengan cara yang betul dan sempurna segala syarat sahnya, khusyuk dan hadir fikirannya , tidak melayang kemana-mana , juga dengan melakukan ibadat lain dan latihan-latihan rohani. Melatih dirinya terus menerus melakukan ibadat -ibadat ini sehingga menjadi satu sifat kebiasaan, adat sifatnya yang tidak terpisah daripadanya.

Lantaran itu jiwanya menjadi segar dan murni , perasaan menjadi halus , pancainderanya sedar dan selalu waspada,insaf dan beringat-ingat, mencintai Allah swt diwaktu sunyi dan diwaktu terang, takut kepada Allah swt disegala  kira bicar  dan muamalahnya dengan manusia , tidak khianat, tidak curang, tidak zalim,tidak menyeleweng dari kebenaran dan tidak terpesong dari jalan yang lurus.

No comments: