Sunday, January 13, 2013

2.4.2 Mendampingi sahabat yang soleh dan menghadiri majlis-majlis iman:

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh






Untuk sampai kedarjah yang tinggi dan susah pula didaki itu, muslim mestilah sentiasa meminta pertolongan dariAllah swt.dengan mendampingi shabat-sahabta yang soleh dan baik, yang sering wasiat mewasiati dengan kebenaran kesabaran diantara dia dengan mereka . Selalu menghadiri majlis-majlis iman dan rohani yang dipenuhi denganzikrullah dan perbicangan-perbincangan mengenai islam dan keagunganya dalam mendidik diri , keluarga dan masyarakat.

Dalam majlis yang demikian:

1. a hadiri dapat menambahkan kesedaran mereka kepada kudrat kuasa Allah swt yang maha Agung
maha berkuasa yang tidak ada sesuatu yang dapat melemahkannya samaada dilangit atau dibumi.

2. Hadirin dapat menambahkan pengetahuan terhadap kebesaran ciptaan Allah swt , Keindahan perbuatan Allah dialam , didlam kehidupan dan didalam diri manusia.

3. Roh menjadi bersih , hati menjadi jernih, jiwa menjadi murni dan diri manusia akan diresapi kemanisan iman.

Kerana itulah Abdullah Ibn Rawahah (r.a) apabila berjumpa dengan seorang dari sahabat-sahabat rasulullah saw dia berkata

" Marilah bersama-sama untuk beriman dengan tuhan kita satusaat . Tatkala berita itu sampai kepada rasulullah saw baginda bersabda :

" Semoga Allah memberi rahmat kepada Ibn Rawahah . sesungguhnya dia cinta kepada majlis-majlis yang dibanggakan oleh para malaikat.                             (Riwayat Ahmad)

Saidina Umar Ibn Khattab (r.a) pernah satu ketika menarik dari kesibukan Al khilafah (kesibukan urusan pemerintahan) dan bebanan pentadbiran negara lalu dia menrik tangan seorang atau dua orang lelaki sambil berkata:

" Bangunlah bersama-samaku supaya kita berusaha menambahkan iman kita ."

Lalu merka sama-sam berzikir kepada Allah swt . Mengingat kepada Allah.

Sesungguhnya saidina Umar (r.a) merasa perlu berusaha membersihkan dirinya denga zikrullah dari semasa kesemasa , dia meluangkan waktu tyang tertentu itudari kesibukkan dunia dan keperluan hidup supaya dapat menenangkan hatinya, membersihkan jiwanya  dan memurnikan rohaninya. Demikian lah sifat dan cinta nya Umar (r.a) kepada zikrullah padahal semua orang tahu. siapakah Umar yang mempunyai takwa, kebaikan , dan kesungguhannya beribadat kepada Allah. Demikian juga Muaz bin Jabal(r.a)
Dia berkata sahabat-sahabatnya tatkala berjalan bersama-sama mereka:-

" Mari duduk bersama-sama untu beriman sesaat."  ( Dari hikayat ' Hayyatus sahabah3/329 )

Sesungguhnya muslim itu bertanggungjawab untuk memperkuatkan rohaninya , mensucikan jiwanya  dan sentiasa mendorong nya naik lebih tinggi keatas  dan memperlindungnya selalu dari terjatuh nya kelembah yang hina.

Asy-Syams 7-9







Oelh kerana muslim dituntut supaya dia memilih sahabat-sahabat yang soleh , suasana dan lingkungan  dan persekitaran yang memudahkan pertamabhan iman, kebaikan , takwa dan kesedaran. Dia mesti menjauhkan diri dari kawan-kawan yang jahat samada dari golongan syaitan -syaitan dan manusia, mejauhi majlis-majlis maksiat dan mungkar yang mengelap gelitakan hati dan mengkaburkan jiwa.

Al Kahfi :28



No comments: