Monday, January 28, 2013

3.2. Menghargai keduanya dan mengetahui tanggungjawab terhadap keduanya.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh






Sesungguhnya islam telah mengangkat tinggi makam kedua ibubapa kepada martabat yang tinggi yang tidak pernah dikenali manusia sepertinya kecuali dalam agama ini.
Islam menjadikan ikhsan ( berbuat baik ) kepada keduanya sebagai darjah yang kedua selepas darjah iman kepada Allah dan beribadat kepadanya. Ayat-ayat Al Quran , ayat-ayat Allah telah datang berturut-turut, silih berganti, sokong  menyokong yang meletakkan keredhaan Allah didalam keredhaan kedua ibubapa sesudah keredhaan Allah. dan memandang ikhsan kepada keduanya  sebagai satu kemuliaan emanusiaannya, yang mengiringi kemuliaan iman kepada Allah.

Firman Allah

Annisa -36


Oleh kerana itu , seorang muslim yang benar dan sedar itu merupakan manusia yang paling berjasa , paling berikhsan kepada kedua kedua ibubapanya diantara sekelian manusia didunia ini.

Al Quranul Karim memnadang mulia konsep ikhsan dan berbuat baik terhadap kedudukan dan darjah kedua ibubapa. dan membentangkan uslub alakhlaqi ( gaya bahasa dan moral) yang patut  diikuti oleh muslim tatkalabergaul dan berkira bicara dengan kedua ibubapa apalagi setelah keduanya mencapai umur tua, peringkat lemah dan nyanyuk.Lalu tibalah kepada darjah yang tinggi yang tidak pernah dikenalioleh manusia sebelum bersinarnya matahari agama ini dimuka bumi:

Al isra' 23-24






Sesungguhnya perintah rabbani yang kekal ini ditujukan kepada setiap muslim didalam bentuk perintah yang wajib, yang pasti.tidak boleh dipisah-pisahkan daripadanya , dan tidak ada jalan lain daripadanya . Firman Allah yang bermaksud:

Al isra':23
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

Sesungguhnya ini merupakan satu ikatan yang kukuh diantara beribadat kepada Allah dan berbuat baik kepada kedua ibubapa.Ketimggian urusan ini tidak pernah dapat dicapai oleh para cerdik pandai , penganjur kebaikan dan moralis dizaman lain dari zaman islam.

Bimbingan ayat ini bukan saja cukup menjelaskan satu bentuk yang bersinar dan tinggi terhadap ibubapa,akan tetepi mengobarkan semangat rahmat kasih sayang dan kebaikan kedalam jiwa putra-putra islamdidalm satu tabir perasaan yang halus dan pengasih yang melahirkan sifat lemah lembut, mesra dan penuh dengan kesenangan hati. Firman Allah yang bermaksud:

Al isra':23
Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha",

Jika salah seorang atau keduanya dlam peliharaan dan penjagaan dan dalam perlindunganmu, boleh jadi keduanya telah tua dan lemah dan nyanyuk, lantaran itu awaslah:, awasilah dirimu supaya tidak keluar walau sepatah pun dari mulutmu perkataan yang tidak menyenangkan keduanya atau gerak geri yang tidak mengembirakan keduanya

Firman Allah swt yang bermaksud:
Al isra':23
maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha",

Selalulah berfikir panjang sebelum memulakan percakapan dengan keduanya, supaya anda dapat mengucapkan kata-kata yang baik- baik sahaja , kepda kedunaya perkataan yang mengembirakan keduanya dan memuaskan hatinya.

Firman Allah yang bermaksud:

Al isra' :23
dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Kalau anda berhadapan dengan keduanya hendaklah anda menghormati keduanya dengan penghormatan yang secukupnya, dengan merendah diri dengan sepenuhnya kepada keduanya . Dan dengan sepenuh kasih sayang dan mesra.

Firman Allah:

Al isra: 23
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu

Hendaklah anda selalu mendoakan untuk keduanya , semoga Allah melimpahkan rahmat kurnianya dan kasih sayangnya kepada keduanya.sebab keduanya telah berjasa besar kepada anda , tidak wajarlah anda melupakan mereka sepanjang hidup anda, dan keduanyalah yang telah memelihara anda dan memperlindungi anda dari kecil sampai besar.


Firman Allah
Al isra :24
dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Muslim yang terbuka hatinya , yang bersinar pandangan nya, sentiasa menerima pengajaran rabbanai yang indah ini didalam beberapa ayat-ayat Allah yang terang dan nyata lalu bertambah hormat dan ikhsan kepada kedua ibubapanya,

Firman Allah yang bermaksud:

Annisa':36
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa

Firman Allah

Al ankabut:8
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; 

Firman Allah
Al Luqman :14


Pengkaji yang merenungi ayat Al Quran berkenaan dengan berbuat baik kepada ibubapa , mendapati hadith- hadith nabi saw yang berturut-turut , menyokong ayat -ayat yang mulia ini dengan menegaskan kemuliaan perbuatan baik kepada ibubapa dan melarang mendurhakai ibubapa atau kurang ajar dan kurang perhatian kepada keduanyawalau bagaimana sekalipun sebabnya.

Dari abdullah Ibn Mas'ud (r.a) dia berkata.

"Aku bertanya kepada rasulullah saw apakah amal yang paling dicintai Allah?" Baginda bersabda : " Solat pada waktunya."Akiu berkata lagi: " Kemudian apa lagi?" Baginda menjawab:" Berbuat baik kepada ibubapa." Aku bertanya lagi: " Apakah lagi?"Baginda menjawab lagi : " Kemudian berjihad pada jalan Allah."


Sesungguhnya Rasulullah (saw) pendidik agung itu telah meletakkan perbuatan baik kepada ibubapa diantara dua  amal yang paling besar didalam islam : Solat pada waktunya dan jihad pada jalan Allah. Solat itu tiang agama dan jihad adalah kemuncak islam.Lihatlah bagaimana besarnya darjat ibubapa menurut pandangan rasulullah saw .

Pada suatu hari datang seorang lelaki menyatakan persetiaannyadan bai'ah kepada rasulullah saw untuk berhijrah dan berjihad bersama-sama rasulullah sawa kerana mengharap ganjaran dari Allah. Lalu rasulullah (saw) menangguhkan penerimaannya dan bertanya lebih dahulu:

 "Masih ada lagikah seorang dari ibubapamu yang hidup?" " Ya , bahkan kedua-duanya masih hidup."jawabnya Lalu rasulullah saw yang mulia itu bersabda lagi
:
" Sukakah engkau mengharap ganjaran dari Allah?" "Ya" . Maka bersabda rasulullah saw yang baik dan pengasih itu: " Lantaran itu kembalilah kepada ibubapamu, lalu engkau berbuat baik kepada keduanya."- Riwayat Bukhari dan Muslim.

Seorang lelaki datang lalu meminta izin kepada rasulullah saw untuk pergi berjihad, lalu rasulullah saw bersabda:"Masih hidup lagikah ibubapamu?" "Ya" jawabnya. Maka rasulullah saw bersabda " Berjihadlah pada jalan keduanya."Ertinya hendaklah anda berkhidmat kepada keduanya.- bersambung----



No comments: