Monday, January 28, 2013

Sambungan 3.2. Menghargai keduanya dan mengetahui tanggungjawab terhadap keduanya.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh






Tatkala rasulullah saw mempersiapkan tentera islam untuk pergi berperang pada jalan Allah yang menjadi puncak keagungan islam, hati baginda yang berperikemanusiaan dan pengasih tidak melupakan kelemahan ibubapa dan keperluan keduanya terhadap khidmat bakti puteranya , lalu baginda memerintahkan orang yang hendak pergi berjihad dan berperang dijalan Allah  supaya kembali berkhidmat dan berbakti kepada kedua ibubapanya, sedangkan rasulullah saw  pada waktu itu memerlukan para pendukung untuk membantu peperangan tersebut. Baginda bertindak demikian kerana baginda memandang tinggi nilai khidmat
bakti terhadap ibubapa dan melayani ibubapa dengan layanan yang sebaik-baiknya. Itu adalah cara hidup islam yang sempurna yang seimbang dan unik dan telah dirakamkan Allah untuk kebahagian manusia.

Tatakala Ibu Saad Ibn Waqas menetang anaknya. Saad Ibn Waqas, lantaran dia telah masuk islam sedangkan ibunya masih tetap jahiliah dan tidak redha sekali-kali anaknya masuk islam lalu dia berkata kepada anaknya:

" Kalau engkau tidak mahu meninggalkan keislaman mu aku tidak akan makan lagi sehingga aku mati. Lalu engkau malu kepada bangsa Arab dan mereka berkata nanti:-" Engkau membunuh ibumu."

Saad bin Waqas lantas menjawab. " Ibu harus tahu, demi Allah, sekiranya ibu mempunyai seratus jiwa, lalu tercabut satu demi satu nescaya aku tidak akan keluar dari islam. Ibunya bertahan dan terus menerus tidak mahu makan dari satu hari kesatu hari . Pada hari yang ketiga dia sudah sangat lemah dan letih lalu dia makan. Di tengah-tengah ketegangan Saad dan ibunya itu, Allah menurunkan ayat-ayat Al Quran yang dibacakan rasulullah (saw). ayat tersebut menyesali sikap keras Saad tatkala menjawab ibunya.

Al luqman -15.


Didalam kisah Juraij, kita mendapat satu pengajaran yang sangat penting bagaiman pentingnya , kita berbuat baik kepada ibubapa dan bersegera berkhidmat bakti dan taat setai kepada keduanya.Tatkala Juraij sedang asyik bersembahyang , ibu Juraij memanggilnya, lalu dia berkata: " Ya tuhanku ibuku atau sembahyang ku?". Kemudian dia meneruskan sembahyangnya. Ibunya memanggil lagi buat kali kedua. Tetapi Juraij tetap membisu dan tidak menjawab panggilan ibunya. Lalu ibunya berdoa keatas Juraij supaya Allah tidak mematikan Juraij sehingga dia tertarik kepada muka-muka pelacur.

Maka pada suatu hari , seorang pelacur telah berzina dengan seorang pengembala dan hamil. Tatkala perempuan tersebut takut tembelangnya terbuka.. maka berkatalah penegmbala itu kepadanya. " Jika kamu ditanya nanti siapakah bapa anak yang kamu kandung ini? Jawablah "Juraij".
Lalu dia pun menjawab mengikut apa yang dikatakan oleh pengembala tadi. Tatkala orang mendengar jawapan perempuan hamil itu , mereka terus pergi meruntuhkan tempat peribadatan Juraij dan ditarik oleh pehak berkuasa ditengah-tengah orang ramai.Tatkala dia berada ditengah jalan baharulah dia mengingati seruan ibunya , maka dia tersenyum. Tatkala dia hendak dihukum dia meminta tempoh supaya dia dapat sembahyang dua rakaat dulu sebelum dihukum.Setelah bersembahyang dia berbisik ditelinga anak yang baru lahir tadi: " Siapakah bapamu?"
Anak kecil itu menjawab : Pengembala itulah bapaku" . Maka gembiralah orang ramai sambil bertakbir dan berkata : " Kami akan membangunkan semula tempat peribadatan mu dari emas dan perak." maka berkata Juraij " " Tidak, tetapi bangunkanlah seperti yang lalu dari tanah.
Didalam hadith riwayat Al Bukhari ini Rasulullah saw bersabda " Sekiranya Juraij seorang alim , tentu dia mengetahui bahawasanya menyahut seruan ibunya lebih utama dari meneruskan sembahyangnya . Oleh kerana itu , para fukaha' (ahli perundangan islam) memandang bahawa orang yang sedang sembahyang sunat lalu dipanggil oleh salah seorang dari ibubapanya dia mestilah berhenti sembahyang dan terus menghadap
kepada ibubapanya atau salah seorang dari mereka.

No comments: