Sunday, January 20, 2013

4 man to hell if........

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh






 Pada hari akhirat nanti, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik
 masuk ke Neraka oleh Wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak
 memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Siapakah mereka ini? Mereka2 itu adalah:


 1. Ayahnya : Apabila seseorang yg bergelar Ayah  tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak  memberikan segala keperluan Agama, seperti Mengajarkan Sholat, Mengaji dan Ilmu Lainnya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak Menutup Aurat dan bergelimang dengan dunia. Maka suatu saat nanti dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.


 2. Suaminya : Apabila sang Suami tidak memperdulikan tindak tanduk Isterinya. Bergaul bebas, memperhiaskan diri bukan untuk  Suami tapi untuk pandangan kaum Lelaki yg Bukan Mahram. Walaupun dia seorang alim seperti Sholat tidak pernah ditinggalkan, Puasa tidak ditinggalkan, maka dia akan turut ditarik  oleh isterinya.


 3. Abang-abangnya : Apabila Ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga Maruah Wanita jatuh ke bahu abang- abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik perempuannya dibiar melenceng dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

 4. Anak Lelakinya : Apabila seorang anak tidak menasihati seorang Ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila Ibu  membuat kemungkaran seperti mengumpat, ghibah (menggunjing) & sebagainya, maka anak itu akan ditanya dan diminta pertangungjawaban di Akhirat kelak.

 Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita, bukan saja  di dunia, namun di akhirat kelak.
 Maka Kaum Lelaki yang bergelar Ayah, Suami, Abang atau  Anak harus bisa menjadi seperti yg ALLAH firmankan dalam Al-Qur'an :

  

 Harga seorang Muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT memberi nilai seseorang Muslim dengan SYURGA, semua Kaum Muslim dijamin masuk Syurga (siapa yg Mengucap Kalimah Tauhid). Dengan itu, janganlah kita membuang atau tidak mengindahkan janji dan peluang yang ALLAH berikan kepada kita.

 Wallahu'alaam bis-sawaab... ?
Post a Comment