Monday, January 21, 2013

2.4.3 Selalu membaca doa-doa Al mathurat.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh



Satu perkara yang menolong seorang muslim menguatkan rohaninya dan mengikat hatinya dengan Allah , dia mestilah sentiasa membaca doa-doa mathurat dari rasulullah saw didalam segala amal dan kerjanya sebagaimana yang dilakukan  oleh rasulullah saw. Sesungguhnya rasulullah saw sentiasa membaca doa dimana sahaja baginda berada.

- Berdoa tatkala keluar dari rumah
- berdoa tatkala masuk rumah
- Tatkala menghantar dan dihantar dalam pelayaran.
- Tatkala berjumpa sahabat baginda.
- Tatkala memakai pakaian baru.
- Ketika nak tidur
- ketika bangun tidur.

Demikianlah  keadaannya rasulullah saw . Baginda tidak akan membuatkan satu-satu kerja melainkan baginda membaca doa dan mengadap kepada tuhan terlebih dahulu supaya Allah memberi hidayah kepada baginda,agar baginda tetap dijalan yang lurus,tidak tergelincir.Supaya Allah memudahkan urusan baginda dan membalas usaha baginda dengan kebaikan. Semua doa-doa nabi( saw) itu terbentang dalam
kitab-kitab hadith yang sahih dari rasulullah saw. Baginda telah mengajarkan doa-doa dan zikir-zikir itu kepada sahabat-sahabat yang mulia dan mendorong mereka membacanya diwaktu-waktu yang munasabah.

Muslim yang bertakwa dan sedar bersungguh-sungguh mempelajari untaian-untaian doa Al Ma'thurat yang indah itu dan membacanya diwaktu yang munasabah kerana menteladani rasulullah saw  dan sahabat-sahabat baginda yang baik-baik itu . Lantas terus menerus mengulanginya diwaktu-waktu yag munasabah selagi dia mampu berbuat demikian.Dengan demikian sentiasalah hatinya berhubungan dengan Allah , lalu jiwanya bertambah bersih. rohnya meningkat naik mencakar langit dan perasaannya bertambah halus.

Dengan senaman dan latihan itu , Rasulullah saw melatih dan membentuk jiwa-jiwa generasi pertama , angkatan utama , salafussalih, para sahabat yang agung dan istimewa itu, membersihkan jiwa mereka . Lantas jiwa mereka menjadi bersinar-sinar, semangat mereka menyala-naya ,suci dan murni , jauh dari tipu helah, kotor dan keruh,tidak pura-pura.

Dengan itu rasulullah saw dapat merealisasikan dan melahirkan mukjizat islam yang terbesar dalam membentuk generasi yang terpelajar.yang terdidik, yang mulia , yang tinggi dan unik dan tidak ada tolok bandingnya didalam sejarah kehidupan manusia. Generasi yang istimewa ini telah membuat berbagai mukjizat (perkara luarbiasa) didalam beberapa tahun sahaja.

Muslim yang hak diseru hari ini ( lebih wajib mereka menyahutnya dibandingkan dengan masa-masa yang lalu) untuk melatih sayap rohani mereka supaya mampu dan pintar terbang serta naik ke angkasa, ufuk-ufuk yang bercahaya yang mulia serta tinggi dan dapat menyesuaikan diri dengan dakwahnya , dakwah islam, seruan islam yang mulia, tinggi menjulang dan sempurna dengan segala tuntutan dari berbagai bebanan
yang berat-berat dan kewajipan yang besar-besar dan agung.

No comments: