Tuesday, January 8, 2013

Dapat hidayah kerana IDDAH

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh










Subhanallah, Masihkah anda Ragu?
 Pemimpin Yahudi ini Masuk Islam, Kerana Masa Iddah Perempuan. Seorang pakar genetik Robert Guilhem mengisytiharkan keislamannya setelah terkejut kagum oleh ayat-ayat Al-Quran yang berbicara tentang iddah (masa tunggu) wanita Muslimah yang dicerai suaminya seperti yang ditetapkan Islam. Guilhem, pakar yang mendedikasikan usianya dalam kajian cap pasangan laki-laki baru-baru ini membuktikan dalam kajiannya bahawa jejak rekam seorang laki-laki akan hilang selepas tiga bulan.

 Guru besar anatomi perubatan di Pusat Nasional Mesir dan perunding perubatan, Dr. Abdul Basith As-Sayyid menegaskan bahawa pakar Robert Gelhem, pemimpin yahudi di Albert Einstain College dan pakar genetik ini mengisytiharkan dirinya masuk Islam ketika ia mengetahui hakikat empirikal sains dan kemukjizatan Al-Qur'an tentang penyebab penentuan iddah (masa tunggu) perempuan yang dicerai suaminya dengan masa 3 bulan. Ia menambah, pakar Guilhem ini yakin dengan bukti-bukti saintifik. Bukti-bukti itu menyimpulkan bahawa hubungan persetubuan suami isteri akan menyebabkan laki-laki meninggalkan cap (rekam jejak) khususnya pada perempuan. Jika pasangan ini setiap bulan tidak melakukan persetubuhan maka cap itu akan perlahan-lahan hilang antara 25-30 peratus. Setelah tiga bulan berlalu, maka cap itu akan hilang secara keseluruhan. Sehingga perempuan yang dicerai akan siap menerima cap laki-laki lain.

 Bukti empiris ini mendorong pakar genetik Yahudi ini melakukan penyelidikan dan pembuktian lain di sebuah perkampungan Afrika Muslim di Amerika. Dalam kajiannya dia mendapati bahawa setiap wanita di sana hanya mengandung dari jejak cap pasangan mereka saja. Sementara kajian ilmiah di sebuah perkampungan lain di Amerika membuktikan bahawa wanitanya yang hamil mempunyai jejak cap beberapa laki-laki dua hingga tiga. Ertinya, wanita-wanita non Muslim di sana melakukan hubungan intim selain perkahwinan yang sah.

 Yang memeranjatkan sang pakar ini adalah ketika dia melakukan kajian ilmiah terhadap isterinya sendiri. Sebab ia mendapati isterinya mempunyai tiga rekod cap laki-laki alias isterinya curang. Dari kajiannya, hanya satu daripada tiga anaknya saja berasal dari dirinya. Setelah kajian-kajian yang dilakukan ini akhirnya meyakinkan sang pakar Guilhem ini memeluk Islam. Ia meyakini bahawa hanya Islamlah yang menjaga martabat perempuan dan menjaga keutuhan kehidupan social. Ia yakin bahawa wanita Muslimah adalah wanita yang paling bersih di muka bumi ini.

No comments: