Tuesday, January 8, 2013

Touching......

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh






Seorang kanak-kanak masuk kedalam masjid di Paris dan pergi kearah imam dan berkata :
" Mak saya suruh datang sini untuk belajar di sekolah tuan.

Kata Imam " Mana mak kamu?. Jawab budak kecil itu  " Mak saya berada dipintu masjid, dia bukan islam."

Imam kemudian pergi kepada mak budak itu untuk bertanya kenapa dia sebagai wanita bukan islam  nakkan
anak dia belajar disekolah islam.

Wanita itu berkata " Jiran saya seorang wanita islam, setiap hari bila wanita itu hendak menghantar anak-anaknya kesekolah , mereka akan mencium tangan ibu mereka sebelum pergi. Mereka layan dia seperti ratu,
Keluarga wanita islam itu pun sangat bahagia. Tolong ajar anak saya disekolah tuan supaya dia layan saya
seperti anak-anak islam itu melayan ibu dan bapanya."

Subhanallah. Kita muslim adalah contoh untuk orang lain. oleh itu pastikan kita sentiasa bagus!!

sumber saudi life



Post a Comment