Sunday, February 3, 2013

3.3 .Berbakti kepada ibubapa sekalipun bukan muslim.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




Sahibur risalah, nabi (saw) meningkatkan lagi arahan -arahan baginda yang mulia kepada kemuncak peri kemanusiaan apabila baginda mewasiatkan kepada manusia supaya sentiasa berbuat baik kepada ibubapa sekalipun mereka itu bukan islam. Ini menurut khabar berita yang disampaikan kepada kita oleh Asma' binti abu Bakar (r.a) . Dia berkata:

" Aku pergi kepada ibuku padahal dia masih musyrik  (belum masuk islam) dizaman rasulullah saw , lalu aku meminta fatwa dari Rasulullah (saw). Aku berkata: aku telah bertemu dengan ibuku dan dia meminta sesuatu kepadaku, adakah aku boleh menghubungi dia? Rasulullah saw menjawab: " Ya , hubungilah ibumu : ini bererti berbaktilah kepadanya.- ( Muttafaq alaihi)

Sesungguhnya muslim yang menyedari arahan-arahan mulia daripada Al quran dan pandangan-pandangan mulia dari Rasulullah saw tidak mempunyai jalan lain kecuali menjadi orang yang paling berbakti  dan berlaku ikhsan kepada ibubapanya  dan paling baik kira bicaranya dengan kedua ibubapanya, disegala waktu dan suasananya. Begitulah keadaan shabat-sahabat nabi dan para pengikut baginda yang sentiasa bersifat ikhsan.
Pada suatu hari datang seorang lelaki bertanya kepada Said bin Musaiyib (r.a) sambil berkata " Aku telah memahami segala ayat berkenaan dengan ibubapa kecuali Firman Allah taaala :

" Dan katakanlah kepada keduanya perkataan yang mulia." (Al isra':23)

Maka apakah maksud perkataan yang mulia itu? : Bercakaplah kepada keduanya seperti seorang hamba bercakap kepada tuannya." Ibnu Sirin (r.a) bercakap dengan ibunya dengan suara yang lemah lembut seolah -olah suara orang sakit lantaran menghormati
dan memuliakan ibunya.



Post a Comment