Bismillah.
Saya pernah berada dalam fasa yang dipenuhi fikiran negatif.
Saya rasa saya tiada kelebihan. Hidup saya biasa-biasa. Tak ada potensi.
Tapi saya sedar, fikiran kita boleh jadi musuh paling kejam.
Kita percaya pada skrip seperti:
❌ “Aku gagal = aku tak berguna”
❌ “Kalau tak sempurna = tak layak dihargai”
Ini bukan fakta. Ini skrip lama yang menyakitkan.
Kajian menunjukkan 80% fikiran harian manusia bersifat negatif, dan 90% daripadanya berulang.
Bayangkan kalau yang berulang itu adalah suara hati yang melemahkan?
Namun Al-Quran datang sebagai cahaya:
"Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?" (Al-Qamar: 17)
Al-Quran bukan sekadar penyembuh jiwa, tapi pembentuk cara berfikir yang sihat:
✅ Lebih jelas
✅ Lebih tenang
✅ Lebih bijaksana
✅ Lebih istiqamah
Kita boleh tukar skrip.
Bukan dengan suara yang menghukum, tapi dengan ayat-ayat Allah yang menyuburkan.
Ulang zikir, ulang al-Quran.
Biar suara dalam diri bukan lagi penuh celaan, tapi penuh harapan.
“Rabbana la tuzigh qulubana ba'da idh hadaitana, wa hab lana milladunka rahmah. Innaka Antal Wahhab.” (Surah Ali-Imran: 8)
“Ya Allah, bersihkan fikiranku dari skrip-skrip lama yang menyakitkan.
Tanamkan dalam jiwaku kekuatan dari ayat-ayat-Mu.”
Kita semua punya potensi.
Dan potensi itu akan tumbuh bila fikiran dibentuk oleh cahaya, bukan ketakutan.
Semoga Allah pandu setiap langkah kita.
Jemput baca di sini: https://www.facebook.com/share/p/16kv3fy1mV/
#DrAzuraHashim #tenangtenangsajalah #LeadYourselfFirst
#HRDCorpTrainingProvider #PreferredTrainingProvider #MEDIVTrainingProvider
#EmotionalIntelligence #HealingJourney #hrdcorpclaimablecourse
No comments:
Post a Comment