Sunday, June 29, 2025

Bila Ilmu Tidak Lagi Menyelamatkan by aqilah nur


Surah Al-Bayyinah, Ayat 4

 وَمَا تَفَرَّقَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَـٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَتْهُمُ ٱلْبَيِّنَةُ

.

Sebelum ni kita belajar…

Bayyinah = Rasul yang membawa wahyu suci dan luruskan manusia.
Mereka yang selama ini hidup dalam legasi kufur dan syirik segera meninggalkan semuanya bila bayyinah datang.
Mereka berpatah balik dari kegelapan ke cahaya.

Tapi…

.

Ada satu kelompok yang… tidak.

Mereka bukan musyrik.
Mereka bukan jahil.

Mereka adalah… Ahlul Kitab.
Mereka yang mempunyai ilmu.
Yang pernah diberikan kitab dari langit.
Yang dihormati dalam masyarakat.

.

Tapi apa berlaku bila bayyinah datang?

 وَمَا تَفَرَّقَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَـٰبَ...
Ahli Kitab itu… mula berpecah.
Bukan sebelum, tapi selepas bayyinah datang.

.

Satu tamparan yang besar:

Ilmu bukan jaminan.
Ada orang berilmu, tapi tetap menolak kebenaran.

Kenapa?

.

Ustaz Nouman kata:

📍 “Because bayyinah didn’t just bring truth — it brought truth through a man they didn’t want to follow.”

📍 Mereka tahu Rasulullah benar, tapi ego mereka lebih besar dari iman mereka.
📍 Ilmu jadi alat untuk pertahankan status, bukan tunduk kepada kebenaran.

“Dia siapa? Aku dah lama belajar…”
“Kami dah ada kitab, kenapa ikut dia?”
“Ilmu kami lebih tinggi dari dia...”

.

Realiti hari ini...

Kita lihat fenomena yang sama.

Orang belajar agama bertahun-tahun, 
tapi bila teguran datang, dia marah, perli, bidas, bersaing.
Bukan kerana tak tahu, 
tapi sebab tak mahu kalah.
Tak mahu ego dikalahkan.
Tak mahu kedudukan tergugat.

“This ayah is a mirror to the disease within religious communities: disagreement driven by ego, not truth.”

📌 Ego mengaburi niat.
📌 Ketidaksatuan lahir bukan sebab tak tahu… tapi sebab tak ikhlas.

.

Maka Allah dedahkan…

Bayyinah itu membelah.
Memisahkan antara yang benar-benar tunduk, dengan yang masih mahu jadi “tuan”.

Bahkan, mereka yang sepatutnya paling cepat tunduk, akhirnya menjadi paling keras kepala.

.

Satu masyarakat — dua respon bila Bayyinah datang:

1. Musyrikin Arab: tak ada ilmu, tapi ramai segera tunduk bila bayyinah datang.
Yang ada status dalam masyarakat, mereka menolak kerana kepentingan.

2. Ahli Kitab: penuh ilmu, tapi pecah-belah bila bayyinah datang.

.

Refleksi kita hari ini:

📍 Apakah aku belajar kerana Allah atau kerana status?
📍 Bila kebenaran datang, adakah aku tunduk… atau cari alasan?

Ego di sebalik ilmu… lebih bahaya dari kejahilan.

.

Penutup:

Ilmu sepatutnya buka hati, bukan besarkan dada.
Bayyinah itu datang untuk menyatukan — bukan dijadikan medan pertelagahan.

#TadabburAlBayyinah
#NotaTadabbur 
#TadabburJuz30

No comments: