Monday, February 25, 2013

3.4 Takut mendurhakai keduanya.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




Sekiranya kita alihkan pandangan kita dari gambaran yang sebenar ( dari perasaan cinta dan mesra kepada ibubapa) kepada gambaran  yang sebaliknya dimana kita disuruh berjaga-jaga daripadanya nescaya kita akan melihat suatu permukaan yang hitam legam,keras, keji
dan menakutkan.Iaitu gambaran anak yang derhaka kepada ibubapanya dan menggoncang lubuk jiwanya. Sesungguhnya sikap durhaka kepada kedua ibubapa membawa akibat yang hina sehingga boleh disetarafkan dengan orang-orang musyrikin, yang menyekutukan Allah swt.
Jadi derhaka kepada ibubapa adalah satu kejahatan yang keji, gambaran hitam, buruk dan hina.

Setiap muslim yang benar akan merasa ngeri dan cukup takut kepadanya. Sesungguhnya derhaka kepada ibubapa adalah dosa yang paling besar. keslahan dan noda yang paling keji.

Dari Abu Bakrah Nufai' bin Al Harith:-

"Rasulullah saw bersabda " Adkah tidak kau beritahu kepada kamu tentang sebesar-besar dosa besar?" Baginda mengulangnya tiga kali, Kami berkata: Bahkan tidak ya rasulullah." Sabda baginda " Syirik kepada Allah SWT dan derhaka kepada kedua ibubapa."
                                                                                                                  Muttafaq alaihi

No comments: