بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Arahan islam supaya setiap muslim berbakti kepada ibubapa dan memenuhi hak -hak keduanya, supaya tidak rosak pertimbangan seorang anak didalam berkhidmat dan berjasa kepada keduanya.
Tatkala rasulullah saw ditanya oleh seorang lelaki sewaktu berbaiah dan mengikat persetiaan dengan Rasulullah saw untuk berjihad sebagaimana yang telah kita tahu tadi. Sabda nabi saw
" Adakah lagi seorang dari ibubapamu yang masih hidup?- Riwayat muslim.
Ketetapan ini jelas menunjukkan bahawa rasulullah saw mewajibkan setiap orang islam berbakti kepada kedua ibubapa. Disamping itu kita melihat saranan Rasulullah saw dalam hadith Asma' binti Abu Bakar Assiddiq (r.a) memerintahkan kepadanya supaya berbuat baik kepada ibunya yang masih tetap didalam jahiliah dan belum islam. Pada waktu yang lain pula datang seorang lelaki bertanya sambil berkata:-
"Siapakah yang lebih berhak menerima perkhidmatanku? lalu Rasulullah saw menjwab "ibumu" Lelaki itu bertanya lagi. Kemudian siapa? Rasulullah saw menjawab " kemudian ibumu. Kemudian siapakah lagi? Soal lelaki itu lagi: Jawab Rasulullah saw ibumu. Kemudian siapakah lagi? soal lelaki itu. Rasulullah saw menjawab. "bapamu". (muttafaq alaihi).
Jadi dalam hadith ini Rasulullah (saw) menekankan bahawa senya berbakti kepada ibu adlah terlebih dahulu kemudian berbakti kepada bapa.Diutamakan ibu kemudian baharulah bapa. Para sahabat yang mulia r.a menguatkan pengertian ini kepada kaum muslimin. Sehingga Abdullah Ibnu Abbas r.a sebagai pendita ummah ini dan seorang pakar perundangan islam telah menjadikan bakti dan ikhsan kepada ibu sebagai sebagai satu amal yang paling hampir kepada Allah swt.
Pada suatu hari datang seorang lelaki kepadanya dan berkata:
" Sesungguhnya aku telah meminang seorang wanita tetapi wanita itu telah menolak pinanganku. Kemudian datang seorang yang lain dariku dan ia suka unruk bernikah dengannya, aku cemburu keatasnya lalu aku membunuh wanita itu. Maka adakah peluang untuk aku bertaubat?
Ibnu Abbas menjawab: " Masih hidup lagikah ibumu?. Tidak . jawab lelaki itu. Bertaqwalah kepada Allah dan hampirkan diri kepadanya semampu anda. Ata' Ibn Yasar perawi hadith ini berkata: Lalu aku pergi bertanya kepada Ibnu Abbas: Kenapa engkau bertanya akan hidup ibunya? Maka berkatalah Ibn Abbas: Aku tidak ketahui amal yang lebih hampir kepada Allah daripada berbakti kepada ibu."
Oleh kerana itu kita melihat al imam Al Bukhari didalam kitabnya 'Al -Adabul Mufrad' yang dimulakan dengan bab berbakti kepada ibubapa mendahulukan ikhsan dan berbakti kepada ibu kemudian bapa. Dengan ini merealisasikan penyelarasan dan keharmonian diantara pembahagian ini dengan apa yang terkandung didalam hidayat Rasulllah (saw) yang mulia didalam perkara ini.
Jelas disini bahwa Rasulullah )saw) telah membangunkan satu persaan kebaikan dan ingatan yang tulus didlam jiwa-jiwa putra-putri islam.
Baginda sentiasa berwasiat supaya berbakti terhadap ibibapa , selalulah mengingati kemuliaan ibu,diwaktu mengandung dan menyusukan putra dan puterinya. Walau pun segala bebanan dan kepayahan yang ditanggungnya dikala mengandung dan menyusukan amatlah payah, berbanding dengan bentuk kejadiannya yang halus , lembut dan penuh kasih sayang. namun ia mampu menunjukkan pengorbanan yang mulia , cinta yang mutlak dan kasih sayang yang murni.
Firman Allah -luqman :14
Alangkah agung dan mulianya pendidikan ini; satu arahan kemanusiaan yang pengasih.
" Hendaklah engkau bersyukur kepadaku dan kepada kedua ibubapamu."
Lantaran itu bersyukur kepada ibubapa yang telah berjasa besar dan berbudi mulia itu kepada anak , adalah jatu kedarjat nombor dua selepas besyukur kepada Allah yang menjadi darjat yang pertama dan utama. Ini merupakan kepala segala amal yang mulia dan baik, Alangkah tinggi dan mulianya darjah ibubapa menurut ketetapan agama ini.
Kadang-kadang dunia menyaksikan bagaimana seorang anak mendapat rezeki yang melimpah ruah memenuhi simpanan perbendaharaan dan anak itu asyik pula dengan isterinya yang cantik jelita dan anak-anak tersayang, sianak tadi lalai terhadap ibubapanya, kurang perhatian kepada mereka hingga dia melupakan mereka dan lupa memenuhi segala keperluan mereka lalu menahan bantuan mereka. Akibat anak yang sedemikian sikap dan lakunya diktuk dan dimurkai Allah swt.
Tetapi muslim yang benar dan hak akan terlepas dari kutukan yang demikian kerana dia sentiasa berhubung rapat dengan sumber yang kaya dari arahan islam yang tinggi, yang bijaksana dan sentiasa menunjukkinya. Dia sentiasa patuh mendengar seruan nabi (saw)
" Engkau dan hartamu adalah kepunyaan bapamu."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud. Ibn. Majah).
Bahawasanya seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw lalu berkata:-
" Ya rasulullah saw , sesungguhnya aku mempunyai harta dan anak. walhal bapaku berhajat kepada hartaku. Maka bersabdalah baginda : engkau dan hartamu adalah kepunyaan bapamu, sesungguhnya anak-anak kamu adlah dai sebaik-baik usahamu, maka makanlah dari usaha anak-anak kamu".
Jika sekiranya seorang anak tidak mempunyai harta tapi boleh berusaha maka hendaklah dia berusaha sehingga dia dapat menanggung sara hidup ibubapanya yang telah tidak mampu lagi berusaha atau dia mampu lagi tetapi tidak mencukupi segala keperluannya.
Adab Nabawi ini boleh merubah diri muslim dan membuka hatinya untuk menerima hidayat ini., dia akan mencurahkan jasa bakti, budi baik, perhatian kasih sayang dan pemberiannya kepada ibubapanya. Dengan itu dia akan terlepas dan terselamat dari kutukan Allah swt kerana dia taat setia dan berbakti kepda ibubapa menurut arahan Rasulullah saw kepadanya. Engkau dan hartamu kepunyaan bapamu.
No comments:
Post a Comment