Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Adakah anda dilahirkan sebagai ‘biasa’? Sebenarnya tiada siapapun boleh dianggap dilahirkan sebagai ‘biasa’. Setiap insan adalah ciptaan yang unik yang tersendiri. Tiada seorang pun di dunia ini yang menyerupai kita secara individu.
Kita secara peribadi masing-masing adalah individu yang unik, mempunyai bakat dan potensi. Kita juga mempunyai bakat yang tidak terhad.
Mungkin kita tidak sedar potensi yang kita miliki selama ini. Jom kita bongkar bagaimana kita hendak mencari potensi dan bakat yang terpendam dalam diri kita.
1-BIDANG APA YANG KITA MINAT
Untuk mengentahui bidang apa yang kita minat, kita dapat tengok dari tindak balas diri kita dalam membuat sesuatu,jika kita sanggup bazirkan masa,tenaga dan wang untuk perkara itu, berkemungkinan besar itu adalah bidang yang kita minat, dengan syarat,tiada siapa yang memaksa untuk kita lakukan perkara itu.sebagai contoh, jika kita minat dengan ternakan, kita akan jaga haiwan yang kita bela, membeli makanan dan peralatan yang berkaitan dan yang paling jelas jika kita minat, kita akan termanggu didepan ternakan itu beberapa minit atau jam...!
2-CUBA PERKARA BARU
Pepatah ada mengatakan, alang-alang celup perkasam, biar sampai ke pangkal lengan, maksudnya kita mencuba perkara baru dengan bersungguh-sungguh kerana ada sesetengah perkara kita tidak tahu sama-ada ia sesuai atau tidak dengan kita sehingga kita melihat hasilnya,jika buat sambil lewa, boleh ke kita lihat hasilnya..?
3-BANYAKKAN BERJALAN, MEMBACA DAN MENGKAJI
Memang tidak dapat dinafikan jika kita banyak megembara, membaca dan mengkaji sudah tentu kita menemui perkara-perkara baru yang sesuai dengan diri kita, hari ini kita mampu membaca dan mengkaji dengan semudah abc kerana dunia internet sudah menyediakan segala infomasi yang berkaitan.
Dan ingatlah, potensi diri perlu digali, ianya seperti berlian yang mana perlu digali, dilombong, diayak, dibasuh, dikikis, diteliti, dikutip dan barulah kita temui berlian itu yang asalnya terbenam jauh dalam perut bumi.
Persoalannya, apakah kita mampu melihat potensi kita atau kita hanya sering mensia-siakannya sahaja - sama ada kita tidak faham atau tidak mempercayai bahawa kita berpotensi?
No comments:
Post a Comment