بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Sesungguhnya muslim yang dibentuk oleh islam , adalah seorang yang berabkti kepada ibubapanya,dengan sebaik-baik bentuk penghormatan dan setingggi-tinggi penghargaan. Dia bangin menghormti keduanya apabila datang kepada sesuatu majlis, terus tunduk dan mencium
tangan keduanya , dia merendahkan suaranya kepada keduanya kerana : hormat, sopan santun dan memuliakan keduanya, Merendahkan diri dihadapan keduanya. Memialaih kata-kata sopan dan lemah lembut tatkala bercakap-cakap dengan keduanya, tanpa dicampuri sepatah pun perkataan yang tidaka manis atau pun perkataan yang kasar dan menikam jiwa .Tidak lahir darinya kira bicara atau satu perbuatan atau gerak geri yang biadap. Mengikut tatatertib kesopanan, kehormatan dan kemuliaan walau bagaimanapun keadaan dan suasananya.
Kerana dia sentiasa berpandu kepada firman Allah:
Alisra"-23-24
Adakalanya ibubapa menyeleweng dari jalan yang benar, terpesong dari jalan yang haq, Didlam suasana yang demikian , wajiblah kepada sianak datang menemui keduanya dengan penuh bijaksana , perlahan-lahan, lemah-lembut, dan kasih sayang dan berusaha sungguh-sungguh supaya keduanya meninggalkan yang batil itu. Bukan dengan cara kasar , keras dan herdik.Dia akan berusaha sedaya upaya menjelaskan dengan penjelasan yang senang diterima , penuh bijaksana dan lemah lembut. Sehingga pandangan keduanya tertarik kepada kebenaran yang dipercayainya dan senjatanya didalam semua perkara ialah hujjah yang kuat. logik dan betul dengan gaya bahasa yang terpilih dan bijaksana.
Seorang muslim yang benar dan cerdik janganlah melupakan bahwasanya dia itu dituntut supaya mempergunakan cara yang bijaksana ini terhadap ibubapanya sekalipun keduanya kafir atau musyrikin. Dia pun tahu bahawa syirik mempersekutukan Allah denga sesuatu adalah
sebesar-besar dosa seperti termaktub dalam firman Allah (Luqman 14-15)
Sesungguhnya ibubapa itu kerabat yang paling hampir dan kekasih yang paling disayangi, walaupun perhubungan antara keduanya sangatlah tinggi martabatnya, dia masih jatuh nombor dua dari ikatan aqidah yang jatuh nombor satu. Sekira keduanya musyrikin atau kafirin, dan keduanya mengajak anaknya kepada syrik, maka sianak tidak boleh taat kepada keduanya dalam perkara syirik itu. Tidak ada sebarang taat kepada seseorang makhluk didalam perkara maksiat kepada Al Kahlid Allah swt, kerana ikatan akidah adalah lebih tinggi daripada segala ikatan dan urusan akidah mengatasi segala urusan. Pun begitu seorang anak masih diwajibkan berbuat baik kepada ibubapanya dan terus
berkhidmat dan berbakti kepada keduanya walaupun keduanya kafir dan musyrik.
Oelh keran itu muslim Al Haq sentiasa berbuat baik kepada ibubapanya didalam segala perkara , Berusaha memberi kebahagiaan kepada mereka dan menggembirakan hati mereka setakat kemampuan mereka dan selagi berpeluang berbuat demikian,dan tentunya berada didlam batas-batas taat
kepada Allah azzawajalla.Dia akan berusaha menghidangkan pelabagai rupa kebaikan , penghormatan dan lemuliaan kepada mereka, samada berupa makanan yang enak-enak , pakaian yang mahal dan bagus-bagus dan temapt kediaman yang nyaman dan menyenangkan lingkungan dan masanya dan sesuai pula dengan taraf dan status sosialnya. Puncak khidmat bakti dia mestilah bercakap denagn mereka denan kata-kata yang baik, lemah lembut dengan muka berseri, yang tersenyum simpul yang melimpahkan kasih sayang, cinta dan mengenang budi mereka yang telah berjasa besar kepadanya iaitu
dengan bersedekah kepada mereka dan mendoakan mereka seperti firman Allah:
Al isra' 24.
Inilah hidayah petunjuk islam didalam urusan berbuat baik kepada ibubapanya, Begitulah cara hidup muslim Al haq yang mendapat hidayah dari agamanya.Adakah muslim hari ini masih mengikutinya setelah mereka dimabuk oleh cara hidup yang serba kebendaan dan pandangan mereka disilaukan dengan sinaran tamddun moden hari ini.
Kebanyakan perhatian kita dalam kehidupan pada hari ini lebih tertumpu kepada isteri dan anak-anak. Perhatian kita kepada kedua ibubapa sudah jatuh kenombor dua atau tiga sesudah mereka. Kadang-kadang mereka keduanya dihampakan dan dibiarkan sampai mati , kecuali jika anak-anak keduanya termasuk didalam golongan yang mengikuti hidayah islam dan menjadi putera puteri islam yang sejati dan bertakwa kepada Allah.
No comments:
Post a Comment