Monday, March 4, 2013

Siapa Sultan Ab. Hamid II

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




Pada tahun 1902, Hertzl telah mengadap Sultan Abdul Hamid untuk melakukan penyogokan (rasuah) untuk mendapatkan penempatan yahudi di Palestin. Di antara sogokkan yang Hertzl tawarkan kepada Sultan adalah :

1. 150 juta poundsterling Inggeris khusus untuk Sultan.

2. Membayar semua hutang pemerintah Uthmaniyyah yang mencapai 33 juta pound sterling Inggeris.

3. Membangun kapal induk untuk pemerintah, dengan biaya 120 juta Frank

4. Memberi pinjaman 5 juta pound sterling tanpa bunga.

5. Membangunkan Universiti Uthmaniyyah di Palestin.

Semuanya ditolak Sultan, bahkan Sultan tidak mahu menemui Hertzl, diwakilkan kepada Tahsin Basya, Perdana Menterinya, sambil memberikan pesanan, “Nasihati Mr Hertzl agar jangan meneruskan rancangnya. Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah ini (Palestin), kerana ia bukan milikku. Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi silakan menyimpan harta mereka. Jika Khilafah Utsmaniyah dimusnahkan pada suatu hari, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Akan tetapi, sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusukkan pedang ke tubuhku daripada melihat Tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah Islamiyah. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup.”

No comments: