Monday, April 15, 2013

4.9- Pandai memimpin Isterinya Dengan pimpinan yang baik.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد






Dengan akhlak mulia dan tinggi , dan dengan muamalah yang baik , suami muslim dapat menawan hati isterinya dan dapat memeimpin isterinya menurut pimpinan islam yang agung. Isterinya menjadi isteri yang setia dan salihah yang patuh mengikuti pimpinan suaminya tanpa tentangan dan keingkaran.
Lanataran itu pimpinan rumahtangga menurut ajaran islam terletak diatangan suami. Agama islam melengkapi lelaki dengan berbagai- bagai sifat pimpinan yang meleyakkan dia memimpin  isterinya  dan rumahtangganya.Islam mengajar kepadanya berbagai-bagai ajaran  yang mulia dan membebankan
kepadanya beberapa kewajipan yang lazim kepaanya dan mengikat dia dengan syariat islam untuk kebahagiaan bersama isterinya:

Annisa-34

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

Pemimpin itu mempunyai beberapa tugas dan tanggungjawab. Olehitu laki-laki menanggung berbagai-bagai kewajipan dan tanggungjawab yang mesti di pikul dan disempurnakan. Oeleh kerana itulah suami bertanggungjawab sepenuhnya dihadapan Allah swt tentang isterinya.

" Kamu semua adalah penjaga dan semua penjaga bertanggungjawab diatas jagaannya. Dan pemerintah adalah penjaga , dan lelaki adalah penjaga keatas ahlinya, dan wanita adalah penjaga rumah suaminya dan anaknya, maka kamu semua adalah penjaga dan kamu semua bertanggungjawab diatas rakyatnya.

( Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sesungguhnya inilah tanggungjawab yang memegang ubun-ubun setiap orang didalam masyarakat islam. Anda tidak akan mendapati seorang didalamnya kecuali bertanggungjawab didalam satu jurusan. Hidup ini menurut pandangan islam adalah usaha yang sungguh-sungguh, bekerja bersungguh-sungguh
dan terus maju. Semua itu memerlukan setiap anggota masyarakat islam supaya memikul tugas dan tanggungjawab. Erti kehidupan didlam masyarakat islam bukanlah satu kehidupan kosong , menganggur, bermain-main dan sia-sia.

Sebagaimana islam telah berwasiat kepada manusia supaya memelihara wanita dan meninggikan darjatnya , begitu juga dia menyuruh wanita mengenali peranannya pula didalam hidup ini, Dia mestilah bertindak didalam batas-batas yang telah digariskan oleh islam . supaya dia dapat dan mampu
melaksanakan risalahnya dan berkuasa memainkan peranannya menurut cara yang paling mulia sebagai kongsi dan syarikat bagi kaum laki-laki didalam mendidik angkatan baharu yang muncul didalam rumahtangganya , dan menyerikan hidup ini dengan kesenangan, kebahagiaan dan keindahan.

Oleh kerana islam menuntut laki-laki suapaya bergaul dengan cara yang baik dengan isterinya dan menyuruh dia berbuat baik kepadanya Ialam juga menyuruh isteri supaya patuh dan taat setia kepada suaminya didalam batas-batas yang halal dan dibenarkan. Keinsafan dan keadilan ini
sangatlah ditekankan , atas dasra ketaatan yang tergambar didalam sabda Rasulullah saw yang mulia

" Sekiranya aku menyuruh seorang sujud kepada seseorang , nescaya aku menyuruh wanita sujud kepada suaminya". (Riwayat Tarmizi).

Lebih dari itu islam menjadikan redha suami nya kepada isterinya sebagai satu syarat bagi isteri untuk memasuki syurga:

" Mana-mana perempuan yang mati dan suaminya redha kepadanya , dia masuk syurga" ( Riwayat Tarmizi, hadith sahih dan hasan)

Rasulullah saw mengancam wanita yang derhaka kepada suaminya dengan laknat yang akan dihempapkan malaikat kepadanya sehinggalah ia kembali kepada kesedarannya dan berdamai dengan suaminya:

" Apabila seorang isteri meninggalkan tempat tidur suaminya , malaikat melaknat dia hingga subuh". (Riwayat Bukhari dan muslim )

Oleh kerana islam yang hanif ini , bersungguh-sungguh menekankan peranan suami sebagai pemimpin keatas isteri, dan wajibnya isteri taat  dan redha kepada suaminya , hatta tidak mengizinkan isteri berpuasa sunat kecuali dengan izin sumainya, dan tidak mengizinkan dia melayani tetamu kecuali
dengan izin suaminya.

" Tidak halal bagi isteri berpuasa padahal suaminya hadir kecuali dengan izin suaminya, dan tidak mengizinkan seseorang memasuki rumahnya
kecuali dengan izin suaminya". )Riawayat Bukhari dan Muslim ).

Islam memberi hak pimpinan bagi suami diatas isterinya supaya suami itu menjadi seoarang lelaki yang sebenar-benarnya. Dialah orang yang benar -benar mengetahui bagaimana caranya mengemudikan bahtera hidup keluarganya  menuju pantai selamat hidayah dan petunjuk. Malah islam itu memberi
amaran kepada kaum lelaki seluruhnya supaya mereka tidak mudah dimabuk wanita , mereka akan jadi buta, bacul, dayus dan tipis agamanya, lemah ingatannya lalu memejamkan mata mereka terhadap peneyelewengan isteri -isteri mereka dari jalan syariat islam.Akhirnya pimpinan rumahtangga
terlepas dari tangan mereka, kerana diambil alih oleh isteri mereka lantas menjadi penguasa diktator yang berkuasa penoh, yang tidak dapat dibantah perintahnya , tidak dapat dibalas perkataannya, tidak dapat ditolak kehendaknya, Inilah bencana yang besar yang menimpa kebanyakan rumahtangga yang telah menyeleweng dari syariat islam. Rumah tangga mereka menjadi neraka dunia sebelum sampai keneraka diakhirat.

" Aku tidak meninggalkan sesudahku satu fitnah yang lebih berbahaya kepada lelaki melainkan wanita". (Muttafaq alaihi)

Sesungguhnya seorang muslim yang bersifat lelaki tidak mungkin lemah bila berhadapan dengan godaan isterinya yang menyeleweng . Walau bagaimana hebatnya godaan itu . Sebaliknya dia mampu mneyedarkan dan memberi fahaman kepada isterinya dengan bijaksana dan lemah lembut  bahawa
walaupun godaan itu membuat dia  dicintai oleh suaminya tetapi keredhaan Allah lah yang lebih dicintainya, Bagaimanapun cinta seorang lelaki terhadapa isterinya , dia masih jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan cintanya kepada Allah dan rasulnya.



No comments: