Monday, April 15, 2013

Idea untuk berdakwah

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد







[Alkisah Kassim Liu & Video Kameranya]

 Kassim Liu bekerja sebagai buruh kasar sehingga 50an. Pada suatu hari beliau merasa kurang sihat lalu berjumpa dengan doktor dan hasil dari pemeriksaan, beliau didapati menghidap penyakit jantung, penyakit buah pinggang dan buasir yg telah dihidap sejak sekian lama. Dari meratapi nasibnya, bermula dari hari tu beliau telah berazam akan berjihad fisabililah di jalan Allah dengan video kameranya.

 Beliau ingin berdakwah mengikut kemampuan beliau dan walaupun tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang videografi, beliau membeli buku dan menelaahnya. Kassim merakam, edit dan menctak sendiri VCDnya tanpa bantuan sesiapa. Beliau merakam kuliah dan apa sahaja yang beliau rasa boleh dijadikan sebagai bahan dakwah. Seluruh China telah beliau takluki semenjak dari itu. Xinjiang, Shanghai, Tembok Besar China malahan Tibet telah beliau takluki. Beliau juga telah menunaikan Hajinya ketika berusia 60an. Kini beliau telahpun berusia 86 tahun dan masih terus dengan kegiatan dakwah melalui rakaman videonya.

 Satu pesannya kepada saya sebelum berpisah;

 "Jihad fisabilillah bukan sahaja ungkapan di mulut tetapi kita haruslah menunjukkan melalui amalan dan kehidupan seharian kita. Apa manisnya iman yang kita miliki jikalau manisnya tidak kita sebarkan. Teruskan jihad fisabilillah kita walaupun kita terpaksa berjuang bersendirian sehingga ke hembusan nafas terakhir"

 Sebak hati saya mendengar perkongsian pengalaman dan nasihat dari beliau. Saya tidak pasti adakah saya akan hidup sehingga usia 80an tetapi yang saya pasti adalah kecekalan dan juga perjuangan beliau akan terus saya ingati dan saya juga berharap ianya akan menjadi inspirasi buat kita semua.

No comments: