Wednesday, April 17, 2013

Bab 5. MUSLIM TERHADAP ANAK-ANAKNYA.

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد





Pengenalan : Anak-anak itu penyejuk mata manusia dan buah hatinya didalam hidup ini. Merekalah yang megembirakan umurnya, yang menghiburkan hidupnya , kerana merekalah hidup itu menjadi manis dan seronok.Keatas merekalah digantungkan segala cita -cita , dengan berkat merekalah diperolehi rezeki. Dengan merelah melimpah rahmat dari Allah dan dilipatgandakan ganjaran
dan pahala.

Akan tetapi semuanya adalah bergantung kepada kebaikan cara pendidikan anak-anak dan mengasuh mereka dengan cara yang baik yang menjadikan mereka anasir yang baik, faktur-faktur kebajukan dan sumber kebahagiaan. Apabila itu semua telah menjadi kenyataan pada anak-anaknya baharulah dia dikatakan mempunyai anak yang salih, baharulah berbahagia dan anak-anaknya
menajdi perhiasan hidup menurut firman Allah

Alkahfi 46:



Oleh kerana itu Rasulullah saw mendoakan orang-orang yang dikasihi baginda supaya diberi harta yang banyak dan anak-anak yang banyak lagi salih. Saidina Anas (r.a) telah meriwayatkan bahwasanya dia bersama ibunya dan emak saudaranya telah pergi menemui rasulullah saw , lalu Rasulullah saw bersembahyang mengimani mereka kemudian Rasulullah saw mendoakan mereka
supaya mereka diberi kebaikan . Maka berkatalah Ibu Anas (r.a)

" Ya Rasulullah saw: Doakanlah kepada Allah untuk khadammu yang kecil ini".

Lalu Rasulullah saw mendoakan supaya dia mendapay segala kebaikan dan berakat diakhir doa baginda:
" Hai tuhanku;Perbanyakkanlah harta dan anaknya dan berkatilah baginya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Apabila ibubapa mencuaikan pendidikan anak-anak nya, lupa dan membiarkan anak-anaknya tanpa memberi arahan yang baik kepada mereka mereka akan menjadi satu bencana pula. Dukacita, payah dan sengsara akan menimpa kedua ibubapa. Penat disiang hari dan tidak dapat tidur pada malam hari.

No comments: