Tuesday, April 16, 2013

Sambungan 4.9- Pandai memimpin Isterinya Dengan pimpinan yang baik.

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد






Oeleh kerana itu terhindarlah pertentangan diantara suami isteri, jauh sekali dari kekuasaan isteri keatas suami, semua itu tidak akan terdapat didalam kehidupan seseorang muslim yang benar. Tetapi malang sungguh. malang sungguh-sungguh, kerana kita mendapati berapa banyak rumahtangga
golongan yang berketurunan islam terbakar didalam api permusuhan  dan pertentangan diantara suami isteri. Banyak pula suami yang telah dikuasai oleh isterinya yang menyeleweng dari cara hidup islam . Hingga suami menjadi hamba isterinya dan takut kepadanya.

Sesungguhnya seorang lelaki yang melihat isterinya , anak-anaknya dan saudara perempuannya keluar dijalan-jalan dengan cara jahiliah, terdedah auratnya , berpakaian tetapi seperti telanjang bogel, mendedahkan kepalanya menunjukkan rambutnya, membuka dada dan lengannya. Namu dia tidak
berusaha untuk merubah realiti ini , kenyataan yang menyeleweng dari pimpinan Allah dan adab islam, maka dengan sendirinya dia telah hilang sifat kelakiannya , menjadi pondan dan telah lari dari hidayah islam lalu kemabali dengan murka Allah . Dia tidak kan selamat dari bencana besar itu kecuali bersegera taubat nasuha , taubat yang sungguh-sungguh yang mampu membangunkan sanubarinya dan menyedarkan hatinya . Lantas menggoncangkannya dan menggerakkan sifat laki-lakinya dan mendorongnya kemabali kepada jalan yang lurus , terus bangkit menyuruh mereka berbuat baik dan melarang mereka dari maksiat dan mungkar. Dia mampu memimpin isterinya , keluarganya dan kerabatnya menurut syariat islam , yang tidak ada jalan lain  untuk mencapai kebahagiaan kecuali melalui siratul-mustaqim, mengikut ajaran islam yang sempurna itu.

Al islam telah menyediakan adab-adab yang mulia untuk kaum wanita dan menentukan bentuk rupa dan fesyen pakaian wanita dan menentukan bentukrupa dan fesyen pakaian yang tersendiri kepada mereka. Berupa pakaian yang harus mereka pakai tatkala hendak keluar rumah atau tatkala mereka
berhadapan  dengan kaum lelaki yang bukan muhrim mereka. Itulah yang dinamakan pakain syar'ie untuk wanita muslimat .Wanita  muslimat yang meneguk dari susuan islam dan matair islam yang bersih jernih.Mereka dibesarkan dibawah lindungannya yang rendang dan redup itu. Mereka dengan rela hati dan kepuasan jiwa meneriam pakaian yang menutup aurat mereka. Mereka lakukan ini semua kerana telah yakin bahawa itulah arahan agama Allah Taala. Bukanlah ini semuanya merupakan penindasan atau diskriminasi dari golongan kaum lelaki , bukan juga untuk memuaskan hawanafsu dan egoisma mereka dan jauh sekali menggunakan kuasa wewenang mereka keatas kaum wanita . Mereka tidak pula mudah bertaklid buta kepada apa yang telah dilakukan oleh Al Walid dizaman pemerinthan Bani Umaiyah yang mendedahkannya . Sebagaimana kaum lelaki dan wanita yang rendah akhlaknya dan kosong kemuliaannya memandang manis akan hal tersebut, sentiasa memutarbelit lidah mereka dengan faham yang dangkal  tanpa berapndukan kepada satu hujjah , ilmu dan lojik ataupun hidayat dari kitab Al Munir.

Didalam satu hadith yang mualia, diriwayatkan dar Saffiyah binti Syaibah yang berkata:-

" Tatkala kami berada disis Aisyaha r.a kamu menyebut-nyebut tenatang kemuliaan kaum waniata Quraisy. Lanatas Aisyah r.a berakat " Memang wanita Quraisy  itu mulia. Demi Allah sesungguhnya aku tidak melihat yang lebih mulia selain dari wanita Ansar. Merekalah yang membenarkan (menerima tanpa soal) kitab Allah dan mereka yang lebih beriman kepada apa yang diturunkan kepada mereka. Semasa turunnya surah Annur. " Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedad mereka." (An-Nuur 31). "

 Kaum lelaki mereka kembali dan membacakan nya kepada isteri-isterinya, saudara-perempuannya dan seluruh kaum kerabatnya , tidak seorang pun dari mereka membantah lantas terus bangun mengambil pakaian mereka yang sedang disulam lalu berselubung dengannya. Ini menunjukkan betapa mereka membenarkan dan beriman dengan apa yang diturunkan oleh Allah dari kitabnya. Maka jadilah mereka dibelakang Rasulullah saw berselubung kelihatan seperti ada burung-burung gagak hinggap diatas kepala mereka.
(Riwayat Abu Daud).

Semuga Allah swt memberi rahmat dan bahagia keatas kaum wanita Ansar. Alangkah kuatnya iman mereka. Alangkah benarnya islam mereka. Alangkah indahnya kepatuhan mereka terhadap kebenaran  (Al Hak ) tatkala turunnya. Bagi setiap wanita yang beriman kepada Allah dan Rasulnya dengan iman
yang sebenar-benarnya , tidak ada jalan lain baginya kecuali mengikuti kaum wanita ansar.
Memaki pakaian islam yang istimewaitu, tanpa memperdulikan adat jahiliah yangsentiasa mendedahkan aurat dan bertelanjang bogel. Disini juga aku sebutkan tentang sikap seorang mahasiswi tatkala menjawab pertayaan dari seorang pemberita akhbar yang datang melawat University Damsyik. Beliau adalah seorang putri islam yang sejati yang memakai tudung menutup aurat yang tidak kurang hebatnya dari wanita Ansar (r.a).Tatkala ditanya kepadanya tentang kain selubungnya dan tentang kesabaran memakai tudung diwaktu panas terik. Mahasiswi itu lantas menjawab dengan membaca sepotong ayat dari firman Allah:

Attaubah 81.

"Api neraka Jahannam lebih panas membakar", 

Dari contoh diatas , para pemudi muslimat , yang sedar dan suci ini , layak menghiasi rumahtangga muslim serta menguruskannya . Merekalah yang layak mendidik jenerasi baru dengan penuh kemuliaan dan memenuhi masyarakat dengan angkatan lelaki (rijal) yang menjadi pahlawan yang membina dan membangun serta beramal soleh . Sesungguhnya kader-kader muslimat eperti ini telah banyak didapati dihari ini. Alhamdulillah.


Seorang muslim yang benar , bertanggungjawab terhadap iltizam isterinya supaya mereka sentiasa beradab dengan adab islam ketika hendak keluar rumah supaya mereka sentiasa menutup aurat mereka, memakai tudung syari'e yang menjadi pakaina khas wanita muslimah dan fesyen yang sejati.
Apabila seoarang isteri telah berkuasa keatas suaminya ataupun lingkungannya menguasai dan menghanyutkannya melampaui batas-batas syari'e lalu ia menyerah kepada keadaan dan lemah tidak berani berbuat sesuatu maka agamanya dan sifat kelakiannya akan mengucapkan selamat tinggal kepadanya.

Tanggunjawab seorang suami terhadap isterinya bukanlah hanya merupakan tanggungjawab lahiriah semata -mata . tetapi dia betanggungjawab terhadap ibadat isterinya , tentang akhlak dan cara hidupnya. Diakhirat kelak , dia  akan ditanya tentang ibadat, kecuaian isterinya didalam melaksanakan
perintah Allah dan menjauhi larangannya. Dia juga bertanggungjawab terhadap buruk baiknya sikap isterinya. tentang istiqamahnya dan juga tentang kesempurnaan kewajipannya terhadap agamanya. Setiap kecuaian dan kesalahan yang dilakukan oleh isterinya itu akansecara langsung mengurangi kewibawaannya sebagai seoarang lelaki muslim, mengurangi kebaikan islammya dan menodai kepimpinannya yang mulia itu sebagaiman yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadanya.

Ini semua kerana islam telah menjadikan wanita itu sebagai amanah yang mesti dipikul oleh pihak lelaki. Biasanya isteri itu mengikut ugama suaminya .Dialah yang bertanggungjawab memimpin isterinya menuju syurga ataupun menuju neraka, Oleh kerana itu Allah memerintahkan orang-orang yang beriman supaya memelihara diri mereka , dan ahli mereka dari azab neraka. Perintah ini telah datang dengan gambaran yang sangat menakutkan dan menggerunkan didalam pandangan yang mnegerikan dan menggetarkan perasaan, dimanakah kedasyatannya menggegarkan hati dan meremukkannya.

Segala malapetaka seperti ini akan menimpa mereka jika mereka cuai terhadap urusan isteri mereka dan ahli keluarga mereka dan tidak bersungguh -sungguh untuk membawa mereka kepada al haq

Attahrim -6



Sesungguhnya pimpinan seorang lelaki kepada isterinya tidak akan menjadi satu kenyataan sebagaiman yang dikehendaki oleh islam kecuali dia menjadi seorang suami yang berjaya didalam memimpin rumahtangga dan keluarganya. Seorang lelaki yang muslim tidak akan menjadi seorang lelaki keran kerasnya,kerana kasarnya , kerana kejamnay, kerana buasnya  dan kerana lancang mulutnya, itu semua adalah sifat lelaki jahiliah.Tetapi seoramh lelaki islam ialah lelaki yang mempunyai peribadi yang kuat , menarik ,dicintai, mempunyai akhlak yang mulia dan tinggi, bertoleransi, sanggup melupakan kesilapan isterinya yang kecil-kecil.Tetap dan teguh berdiri didalam batas-batas Allah dan melaksanakan hukum-hukum Allah pada dirinya, pada isterinya , pada anak-anaknya dan apda segenap anggota keluarganya dan kerabatnya. Dia memimpin mereka dengan pimpinan yang bijaksana dan pintar.
Dia memimpin mereka kearah kebaikan dan kebenaran. Dia pemurah memeberi pengorbanan harta dan tenaga kepada keluarganya dan kerabatnya tetapi tidak boros maupun bakhil. Dia sedar, insaf ,mempunyai rasa tanggungjawab yang mendalam didunia dan diakhirat, cukup mengetahui cita-cita yang tertinggi dan mithali (menjadi contoh) kepada keluarganya dalam mencapai keredhaan Allah supaya kelurganya juga diredai Allah. Dia berjuang terus menerus .berkorban tanpa henti sehingga dia dan keluarganya diredhai Allah. Semuanya itu akan hanya dapat dicapai dengan membentuk dirinya dan keluarganya menurut bentuk Al quran dan sunnah Rasulullah saw . Inilah sifat -sifat muslim al hak yang dikehendaki islam untuknya. Untuk menjadi kenyataan dihadapan manusia.








No comments: