Sunday, April 7, 2013

Solat sendiri vs solat jemaah

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد






Solat berjamaah lebih baik daripada solat sendirian dengan 27 darjat.. kerana:

 1. Menyahut seruan azan dan berniat solat berjamaah.
 2. Setiap langkah kemasjid dihapuskan satu kesalahan dan diangkat satu darjat.
 3. Menunaikan solat tahiyatul masjid.
 4. Beriktikaf
 5. Menjawab iqamah
 6. Mendapat takbiratul ihram bersama imam (selepas takbir imam)
 7. Membetulakan sof
 8. Merapatkan sof
 9. Mendengar imam membaca quran (maghrib, isya dan subuh)
 10. Mengelakkan daripada lalai (terlupa bilangan rokaat)
 11. Membantu untuk khusyuk
 12. Mempelajari bacaan al-Quran dengan betul dengan mendengar bacaan imam
 13. Mempelajari cara solat yang betul atau mengajarkannya.
 14. Solat di awal waktu
 15. Berzikir dan berdoa
 16. Sentiasa di doakan malaikat
 17. Malaikat menghamparkan sayap
 18. Melahirkan rasa tenang dan hampir kepada Allah.
 19. Menghubungkan silaturrahim
 20. Bertanya khabar dan berukhuwwah sesama muslimin
 21. Menghidupkan syiar Islam.
 22. Di perakui nabi sebagai orang beriman
 23. Terselamat daripada sifat nifaq.
 24. Menggerunkan musuh-musuh Islam.
 25. Malaikat mengaminkan doa dan al-Alfatihah.
 26. Mendapat naungan `Arash Allah pada hari mahsyar.
 27. Mendapat keberkatan dan menumpang keberkatan orang-orang soleh.

 Sesiapa yang terlepas solat berjamaah dan mengulangi solatnya 27 kali tetap tidak mendapat kelebihan orang yang menunaikan solat berjamaah ditempat azan di laungkan. Kerana semua perkara di atas tidak mungkin diperolehi ataupun sukar jika solat bersendirian.

bahantarbiyah.com

No comments: