Sunday, April 7, 2013

Hasan Al -Basri dan jiran kristiannya

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد



Hasan Al Basri (d728 CE) ada seorang jiran yang beragama kristian,. Jirannya itu mempunyai tandas diatas atap apartment Hasan dan bocor melalui lubang pada atap rumah Hassan Al Basri. Hasan meletakkan baldi dibawah lubang yang bocor itu bagi menadah air kencing dari lubang yang bocor tersebut dan membuangnya setiap hari.
Perkara ini berjalan selama 20 tahun. Kemudian pada suatu hari Hasan jatuh sakit dan jiran kristiannya datang melawat. Bila dia masuk kerumah Hasan baru dia ternampak baldi air kencing yang bocor dari lubang disiling rumah dan dia bertanya kepada Hasan dengan terkejut:
" Sudah berapa lamakah anda bertahan dengan perkara yang disebabkan saya ini?Hasan menjawab :"20 tahun" Kemudian jiran kristian tersbut mencabut talipinggangnya ( yang merupakan pakaian kristian pada masa itu) dan menerima islam.(Hilyah Al-Awliya)

Adakah hari in kita muslim ,bertolak ansur dalam perkara-perkara kecil yang tidak menyenangkan kita untuk selama seminggu dari saudara mara kita?
ataupun jiran kita?Walau pun kadang kita diamkan tapi ia timbul dalam pemikiran dan perangai kita. Hasan Al-Basri bukan saja bertahan selama 20 tahun,tetapi tindak tanduknya juga biasa saja sehingga jirannya dia tidak terfikir betapa banyaknya dia telah menyusahkan Hasan.
Bagaimana tolak ansur kita antara satu sama lain? Ini adalah contoh terbaik tentang keiklasan niat. Akhlak yang terpuji ini hanya akan dapat diraih sekiranya sesuatu kebaikan itu dilakukan kerana
Allah swt semata-mata.Alah lebih mengetahui mengenai hati Hasan , tetapi kelihatanya dia buat hanya kerana Allah swt, mengharapkan ganjarannya sahaja, jadi buahnya sangat
lah manis

affussilat 33



Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita untuk mengambil pengajaran dari kisah yang hebat ini.

-Saudi life

No comments: