بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Imam Ahmad r.a telah mengembara dan terpaksa bermalan disuatu tempat. Bila dia kemasjid'\penjaga masjid ( Yang tak kenal imam Ahmad) tidak membenarkan dia masuk. Imam Ahmad merayu kepada
penjaga itu tapi tetap tidak dibenarkan. Kecewa dengan keadaan itu, imam Ahmad redho dengan ketentuan bahawa dia kena tidur dilaman masjid sahajalah pada malam itu. Pengawal itu menjadi semakin marah dan menghalau iman Ahmad dari situ.
Seorang pembuat roti berdekatan , melihat insiden tersebut dan berasa kasihan. Dia mengajak imam
Ahmad bermalam dirumahnya.Semasa dirumah penjual roti tersebut imam Ahmad mendengar dia sentiasa beristgfar (memohon ampun kepada Allah) semasa bekerja. dan di waktu paginya Imam
Ahmad bertanya kepada penjual roti tentang dia sentiasa mohon ampun kepada Allah.
Penjual roti itu berkata, ia dah jadi tabiat baginya , Imam Ahmad bertanya : "adakah anda mendapat apa-apa hadiah/ganjaran dari amalan ini?
Jawab pembuat roti: " Tak ada doa yang telah saya buat yang tak dimakbulkan Allah kecuali satu.
" Apakah doa itu ? tanya imam Ahmad.
" Untuk melihat batang tubuh Imam Ahmad Ibn Hambal"
Imam Ahmad berkata " Akulah Imama Ahmad bin Hambal"
Dia kemudian menambah:-
" Maha suci Allah , aku sebenarnya dihantar ketempat kamu supaya doa kamu terkabul"
Kuasa istigfar- cubalah amalkan dalam kehidupan anda dan lihatlah perubahan hidup anda-Insyallah.
terjemah dari pure matrimony
No comments:
Post a Comment