Saturday, April 6, 2013

samb- 4.4 Muslim al hak merupakan suami yang ideal.(Mithali).

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




Aisyah menceritakan lagi bahawa:

" Dia bersama rasulullah saw didalam satu perjalanan, lalu Rasulullah saw berlumba dengan Aisyah maka Aisyah mendahului Rasulullah saw, maka tatkala Aisyah naik gemok sedikit badanya , diwaktu itu Rasulullah saw  mengalahkan Aisyah pula didalam perlumbaan itu. maka bersabdalah Rasulullah saw ,ini adalah balasan dari yang lalu. Ertinya sudah serilah. Aisyah menang kali pertama dan Rasulullah saw menang kali kedua.

 (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Rasulullah sentiasa melapangkan dad baginda untuk mengembirakan hati isteri baginda yang remaja puteri, yang tercinta, dengan mentertainya untuk menghadiri permainan yang bersih dengan tujuan melegakan dan mengembirakan hati isterinya, dan menikmati pandangan yang bagus. Diantaranya menurut  riwayat Aisyah r.a:

Rasulullah saw sedang duduk, maka dia mendengar suara bising manusia dan anak-anak, rupa-rupanya ada seorang bangsa Habsyi yang menari-nari dan manusia berkerumun disekitarnya."
 Maka bersabda Rasulullah saw kepada Aisyah: " Hai Aisyah, marilah dan pandanglah, maka aku pun meletakkan kedua belah pipiku diatas bahu rasulullah saw lalu aku memandang diantara dua celah baginda hingga ke kepala baginda, lalu Rasulullah saw bersabda " Belum puas lagi kah? Aku jawab "Tidak".supaya dapat melihat tempat kedudukannya disisinya. Sesungguhnya akau melihat baginda berihat-rihat diantara dua tapak kaki baginda."

(Al muntahab :4/393).

Saidatina Aisyah 9r.a) meriwayatkan lagi dalam riwayat lain:

Demi Allah , sesungguhnya aku melihata Rasulullah (saw ) bangun berdiri diatas pintu bilikku. Dan orang-orang habsyi bermain tombak dimasjid . sedangkan rasulullah saw mendindingi aku dengan pakaian baginda supaya aku dapat melihat  permainan mereka dari celah-celah telinga  dan tengkuk Rasulullah saw . Kemudian baginda bangun kerana aku , sehingga baginda menunggu aku samapai aku balik". Oleh itu timbanglah minat wanita muda
yang sukakan permainan  (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sesungguhnya muslim yang benar tatkala melihat seerah rasulullah (saw) yang mulia bagaimana baginda bergaul denagnisterinya , seerah yang penuh dengan pergaulan yang baik dan senda gurau yang melapangkan , dia tidak mempunyai jalan lain kecuali mesti bergaul baik dengan isterinya,
berlapang dada, berlemah lembut, berakhlak mulia , selagi yang demikian itu diadalm batas-batas kesenangan  yang halal dan keseronokan yang diharuskan.

Muslim yang bertakwa dan benar , tidak mudah marah lantaran sebab-sebab yang remeh yang biasanya menegangkan urat-urat leher para suami yang jahil terhadap isterinya, kerana mereka biasanya mudah saja marah-marah tatkala isteri mereka menghidangkan makanan yang tidak sesuai dengan seleranya.Atau terlamabat sedikit menghidangkan makanan kepadanya, atau perkara yang keci-kecil seumpamanyaitu yang selalu menimbulkan kemarahannya dan menyalakan api permusuhan diantara suami isteri. Oleh itu muslim yang benar patutlah mencontohi akhlak rasulullah saw sebagai manusia yang teragung.Sentiasa mengingati akhlak rasulullah saw , itulah yang mendorongnya menjadi mulia , pemurah , penyantun dan bertoleransi dengan isterinya.
Muslim itu sentiasa mengingati sikap Rasulullag saw yang mulia :

" Dia tidak pernah mencela satu makanan, jika dia suka dia makan, dan jika dia benci dia meninggalkannya." (Riwayat Bukhari Muslim)

Muslim itu sentiasa mengingati peristiwa bagaimana Rasulullah saw pernah bertanya kepada ahli baginda tentang lauk. Mereka katakan:

" Tidak ada pada hari ini kecuali cuka lalu baginda minta cuka itu sebagai lauk, lalu baginda makandan bersabda " Sebaik-baik lauk adalah cuka,
sebaik-baik lauk adalah cuka."

No comments: