بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
- Ada orang bertanya kepada saya " Bilakah bermulanya pendidikan mengikut teori moden .'
- Saya jawab: Ia bermual sejak kanak-kanak itu belum lagi lahir"
- Bagaiman caranya ?
- Caranya ialah dengan bijak memilih suami atau isteri , keran kelurga yang sedar didunia ini tidak akan mengahwinkan anak-anak mereka, baik lelaki atau perempuan kecuali dengan kelurga yang diketahui tidak dijangkiti kecactan, tidak pemabuk dan tidak terlibat dengan jenayah. Ini ialah kerana kata-kata bahawa " Kecactan kelurga itu adalah sifat yang menular"
Begitu juga terdapat keterangan hadis yang menyebut:
" Hendaklah kamu memilih tempat untuk meletak benihmu . Hendaklah kamu berkahwin dengan orang yang sekufu."
- Apakah ada diantara kita yang berfikir demikian?.
- Tidak! Malah sebahagian besar dari kita ketika hendak berkahwian sering mencari gadis yang cantik atau pemuda yang kaya tanpa melihat kepada budi pekerti dan keturunan, sehinggalah kita menjadi mangsa kecuaian dan kelalaian kita sendiri."
" Jika seorang itu diberi taufik dan memilih isteri yang salih , maka ia sebenarnya telah menentukan masa hadapan nya.Lantaran teman hidup ( menurut pengertiannya ) ialah meletakkan asas yang kukuh untuk kebahagiaan suami serta kebahagiaan anak-anak dan bangsanya."
Justru itu lelaki harus memberi perhatian yang teliti etika memilih isteri. Jangan diturut perasaan semata-mata supaya kita tidak terjebak dalam keburukan nafsu serakah.
Sabda Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam:
: Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara (iaitu) kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kelak kamu akan mendapat kesenangan.
Bagaimana pun disana tidaklah bererti kecantikan itu tidak dicari , Cuma jangan terbatas dengan kecantikan semata-mata . Sementar itu mesti memerlukan dua perkara yang penting .
1. Menyiasat keturunan isterinya seperti yang telah dijelaskan sebelumnya.
2. Melihat suasan persekitaran bakal isterinya , kerana ia mempunyai kesan yang besar terhadap perangainya.
Tersebut dalam hadith:
" Hendaklah kamu mengelak gadis cantik yang lahir dari tempat yang buruk."
Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam pernah ditanya :Siapakah wanita yang baik?" Jawab baginda " Yang mengembirakannya ketika ia melihatnya mematuhinya ketika disuruh dan tidak menyalahinya dengan apa yang tidak digemarinya pada diri dan hartanya (si isteri)".
Seorang Arab telah menggambarkan sifat seorang wanita yang soleh iaitu:-
1. Tidak menghunikan rumahnya (tidak menjadikan rumahnya sentiasa dikunjungi oleh kaum wanita sepanjang masa)
2. Tidak memesrakan jiran ( tidak bermesra dengan jiran sehingga mereka selalu mengunjungi mereka).
3. Tidak meniupkan api ( Tidak menabur fitnak dikalangan orang ramai).
Walaupun kita sering menggesa penting dipilih isteri yang baik, dalam waktu yang sama kita menekankan juga pentingnya dipilih suami yang baik.
Dalam hubungan ini , saya ingin mengingatkan kepada mereka yang keterlaluan meletakkan mas kahwin yang tinggi untuk menfdapatkan suami yang kaya tanpa melihat kepada akhlak dan budi pekerti, Tindakan mereka itu adalah satu perbuatan yang jahil dan merugikan kerana mereka mendedahkan anak-anak gadis mereka kepada akibat yang buruk.
Sebagai mengakhiri persoalan ini ingin saya bawa kan suatu cerita yang menarik yang berlaku kepada Said bin Musayyab, seorang tabi'en yang terkenal dan seorang tokoh ulama dimadinah. Cerita ini saya petik dari buku 'Wahy al Qalam' oleh Al marhum al Rafi'i. Ceritanya begini:-
Abdul Malik bin Marwan telah menghantar utusan kepada Sa'id bin Al Musayyab , tokoh ahli fekah dan seorang ulamak di Madinah, untuk meminang anak
gadisnya , bagi dikahwinkan dengan putera mahkotanya al Wahid bin 'Abdul Malik. Sa'id enggan mengahwinkan anak gadisnya dengan Al Wahid.
Sebaliknya anak gadisnya itu dikahwinkan dengan Abu Wada'ah . seorang penuntut ilmu yang miskin. Tindakan tersebut menimbulkan kemarahan 'Abdul Malik. Beliau mencari jalan untuk mengenakan Sa'id sehingga berlaku satu peristiwa menimpanya.
Gabenor Ab. malik dikota Madinah telah memebelasahnya dengan sebatan 50 rotan disuatu hari yang sejuk cuacanya. Beliau kemudian dicurahkan dengan sebaldi air , serta diseret dijalan dalam keadaan bogel. Gabenor itu mengarahkan orang ramai supaya tidak bergaul dan bercakap dengan Sa'id bin
Musayyab. Dibawah ini diperturunkan secebis dari kisah yang menarik itu:-
Si pengati perempuan melangkah masuk kepintu rumah . Ia tersepok kemalu-maluan. Sisuami meninggalkannya ditemapat itu dan mengunci pintu. Lalu ia menuju ketalam hidangan yang dibayangi dan tidak nampak (ketara ) oelh pengantin permpuan tadi.Sisuami memanjat sutuh rumah lalu melontarkan batu batu kecil kerumah jiran-jiran untuk memberitahu mereka ada satu perkara yang hendak diceritakannya.Lontaran batu kecil pada waktu itu samalah seperti deringan telefon pada hari ini. Jiran-jiran lalu kemuar menemuinya dan bertanyakan apakah halnya.
Katanya: Sa'id bin Al Musayyab telah mengahwinkan aku dengan anak gadisnya hari ini dan ia telah menghantar anak gadisnya kemari secara senyap-senyap."
Kata mereka : "Sa'id mengahwinkan kamu?Betulkah Sa'id yang mengahwinkan kamu? Apakah Sa'id yang mengahwinkan kamu dengan anaknya?"
Jawab sisuami . "Ya , Benar"
Mendengar itu orang-orang mengerumuni sehingga penuh sesak rumahnya. Si suami begitu gembira dan ia merasakan rumahnya bagaikan istana 'Abdul Malik.
No comments:
Post a Comment