بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Ungkapan "Ayoh mari kahwin " merupakan ungkapan keemasan yang patut mengambil tempat "Ayoh mari ke panggung wayang" atau "Ayoh mari kekedai kopi".
Perangkaan mengenai bilangan pemuda dan pemudi yang belum lagi melangkah kelam rumahtangga menyedarkan kita akan keburukan yang menular dan mengancam kita dengan bencana yang menakutkan dari segi politik dan sosial? Apabila suatu bangsa sanggup memandang
remeh soal perkahwinan , mka pasti akan merebak keburukan dikalangan anggotanya dan akan terdedah kepada serangan luar akibat dari keruntuhan moral dan kadar bilangan anak yang kecil. Seorang Panglima Perancis iaitu Marshal Beetan pernah menujukan kata-katanya
kepada rakyat Perancis selepas serangan Jerman keatas Perancis , katanya:
" Timbanglah keburukan kamu ,ia adalah berat dalam timbangan . Kamu sekelian tidak mahukan anak. Kamu tinggalkan kehidupan berkeluarga.Kamu ketepikan kebaikan dan nilai-nilai rohani. Kamu mengejar hawanafsu disetiap tempat. Lihatlah kelak dimana kamu akan dituntun
oleh hawanafsumu".
Alangkah baik kiranya kerajaan-kerajan Arab mengambil daya usaha yang positif kearah membanyakkan perkahwinan dengan memberi galakan kepada mereka yang ingin berkahwin secara menghulurkan pinjaman.Langkah tersebut harus dimulakan dikalangan pegawai-pegawai kerajaan
dan mengenakan cukai keatas mereka yang tidak mahu kahwin, yang melarikan diri dari kewajipan terhadap negara tanpa sebab- kecuali untuk melarikan diri dari memikul tanggungjawab dan mementingkan kebebasan yang tidak terkawal.
Golongan bujang kebiasaannya terbahagi kepada dua kategori.
Golongan yang pertama terdiri dari mereka yang tidak mahu meneruskan rancangan untuk berkahwin kerana kesempitan hidup. Golongan ini patut dipermudahkan tugas sosial dan negaranya dengan berbagai-bagai cara yang memebri kesan . Antaranya telah saya catitkan sebelum
ini dan sebahagiannya pula saya akan sebutkan disini.
Golongan yang kedua ialah mereka yang enggan berkahwin kerana matlamat yang tidak mulia. Mereka yang terdiri dari golongan ini patut dibetulkan . Kiranya ia tidak mahu berubah maka ia patut "ditahan" sehingga ia kembali kepada kewarasan dan bersedia untuk menunaikan tanggungjawab sucinya.
Agama islam adalah syariat yang paling ketara kesedarannya, dengan langkah memerangi "perzinaan" (memandangkan kepada keburukannya dari segi kesihatan dan sosial)
Frman Allah yang bermaksud
" Janganlah kamu dekati zina, sesungguhnya ia adalah keburukan dan jalan yang keji.
Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam juga menggalakkan perkahwinan; Sabda Baginda:
" Wahai pemuda ! sesiapa yang berkemampuan hendaklah ia berkahwin kerana ia dapat menundukkan penglihatan dan mengawal kehormatan.Seiapa yang tidak berkeupayaan hendaklah berpuasa kerana ia boleh mengurangkan syahwat".
Begitu juga terdapat keterangan yang menjelaskan tiada larangan dari berkahwin dlam islam. Sealin dari itu terdapat sabda Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam:
" Sesiapa yang berkeupayaan untuk berkahwin , kemudian ia tidak berkahwin maka bukan dari kalanganku"
Sebenarnya bangsa Arab mengeluh kerana kekurangan bilangan pendudknya . Mereka dianca oleh musuh-musuh yang berusaha untuk menambahkan bilangan penduduk mereka dengan segala cara . Ayoh! pemuda dan pemudi kita , tampillah untuk berkahwin dan tinggalkan perbelanjaan dan sebahagian besar dari upacara yang salah.Persoalan ini adalah persoalan hidup atau mati, persoalan kebaikan atau keburukan. Persoalan " Produktiviti" atau kemusnahan.
Sabda Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam:
"Sesungguhnya aku berbangga keatas manusia dengan kamu di Hari Qiamat.
No comments:
Post a Comment