Sunday, June 16, 2013

Apa itu zuhud?

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد


Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: wahai Rasulullah, tunjukkan kepada saya satu amalan, yang apabila saya melakukannya, saya dicintai oleh Allah dan di kasihi oleh manusia. baginda s.a.w pun bersabda: Zuhudlah terhadap dunia pasti Allah akan mencintai kamu. Zuhudlah terhadap apa yang ada di tangan manusia(apa yang mereka miliki) nescaya manusia akan mengasihi kamu. - hadis riwayat Ibn Majah dengfan sanad hasan.

*Zuhud ialah menjadikan dunia hanya di tangan TETAPI tidak di hati. 

*Bukanlah zuhud itu meninggalkan dunia akan tetapi zuhud ialah meninggalkan segala apa yang tidak berkaitan dengan Allah. Tidak terperdaya dengan keindahan dunia dan menjadikan akhirat sebagai matlamat utama.

* Zuhud pada apa yang dimiliki oleh manusia menuntut supaya kita tidak menjadikan hati cenderung dengan keindahan dunia yang ada di tangan manusia dan menahan diri dari mengintai-intai apa yang ada pada mereka. Kita seharusnya berasa syukur dengan apa yang Allah kurniakan kepadanya.

*Zuhud kepada perkara dunia ialah sebab untuk mendapat kecintaan Allah dan kasih manusia.

*Hadis ini menuntut agar kita mencari kedua-duanya.... CINTA ALLAH DAN KASIH MANUSIA

Ustazah Suriani binti Sudi
Biro Wanita ISMA
Post a Comment