Sunday, June 16, 2013

Bukan anak jer derhaka....

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد


Pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA, seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab RA mengadukan hal kederhakaan anaknya.

Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak bapanya. Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” 

Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?”

“Seorang ayah akan menjadi derhaka pada anaknya kerana tiga perkara. Pertama, jika dia memilih isteri yang tidak solehah untuk meletakkan beinhnya ke dalam rahim wanita tersebut. Kedua, jika dia menamakan anaknya dengan nama yang tidak elok. Ketiga, jika dia tidak mengajarkan pada anaknya membaca Al-Quran.”

Lalu anak itu pun berkata: “ Jika yang demikian, ayah ku telah menepati ketiga-tiga ciri tersebut. Ayahku telah memilih seorang wanita yang jahat (dengan erti kata lain, ibunya bukanlah wanita yang baik), dia telah memberi nama ku yang tidak elok maksudnya, dan dia tidak pernah mengajarkan kepada ku untuk membaca Al-Quran.”

Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anak mu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruk dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadap mu.” Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.

No comments: